Hari ke-31

Wajah yang sangat dirindui
Birthday terakhir mak

Semalam genap 30 hari Mak aku pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya.

Malam pertama mak tinggalkan aku, rasa macam nak korek2 kubur mak nak tengok wajah mak n nak cium mak puas-puas.

Ada hari-hari bila datang rindu tuh rasa dada nih berat sangat especially masa dua minggu pertama mak aku pergi.

Kadang-kadang tuh bila angin sayu mula menjelma rasa macam nak nangis n hati rasa sangat sebak n end up aku menangis sepuas-puasnya.

Kalau dulu aku suka duduk rumah time weekend. Tapi skrg aku banyak keluar sebab duduk kat rumah sangat menyedihkan aku. Pandang semua benda teringat arwah. 

Pergi kerja pun pukul 6.30 pagi walaupun office hour aku bermula jam 8.30 pagi.

Makan pun dah tak sesedap dulu. Semua rasa tawar je.

Aku adalah insan yang telah dipilih Allah untuk menghadap saat-saat akhir mak aku mengambil nafas yang terakhir. Memori itulah yang berpusing-pusing dalam kepala aku.

Tengok ambulan pun boleh menangis apatah lagi kalau lalu depan hospital-hospital yang arwah masuk masa sakit. Semua buat aku sebak.

Perasaan masa arwah ayah aku meninggal lain dengan perasaan masa arwah mak pergi.

Arwah ayah aku pergi, arwah mak masih ada n masa tuh akak n abang2 aku belum kahwin so rumah masih ramai orang lagi.

Bila arwah mak pergi aku rasa kosong sangat, kosong sekosong-kosongnya. 
Nasib baik ada akak n budak 2 orang kat atas tuh yang jadi peneman n pengubat duka aku.

Aku dah takda ayah, dah takda mak.

Semuanya dah tak sama. Raya, puasa dan apa-apa sahaja semua dah tak sama.

Semoga roh mak dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih