2017 -Throwback Part 1

Selamat Tahun Baru 2018. Rasanya tak terlewat kot. Walaupun bulan Januari dah nak abis dah. Sekejap jer setahun berlalu. Post ni dah lama aku draft tapi tak siap-siap. Tiap-tiap tahun aku ada post throwback (last year 2016 - Part 1 & Part 2). Walaupun tahun 2017 post tak banyak tapi tetap nak buat throwback. Tahun 2017 adalah tahun paling sedih dalam hidup aku. Sampai sekarang masih sedih lagi. Nak taip post ni pun bergenang air mata.

JANUARI
Bulan Januari 2017 dimulai dengan appointment aku macam biasa kat Hospital Sultanah Aminah. Musim sekolah start macam biasa n start bulan ni aku dah tak amik Mat Ayip balik sekolah tiap-tiap hari ahad sebab minyak mahal dan aku pun kelam kabut nak amik dia balik. Masa ni sibuk cari kain sbb nak buat g kenduri anak saudara aku.
Makan, makan dan makan

FEBRUARI
Bulan Februari 2017. Tragedi Pasar Tani. Tersungkur kat tepi jalan balik pasar tani. Nasib baik takda kereta yang lalu n ada pasangan suami isteri tolong aku. Risau arwah mak aku masa ni sebab masa tu dia duduk dalam kereta n nampak aku tersungkur jatuh. Luka kat tapak tangan n siku. Yang siku dalam gak tuh. Nak dekat sebulan gak baru baik luka tuh. Pegi Singapore ada kenduri kawin. Arwah mak pegi juga. Happy dia masa tuh. Kali terakhir dia msk Singapore n jumpa saudara mara di Singapore.
Arwah mak dgn anak2 n cucu

MAC
Bulan ni dapat tahu satu masalah peribadi salah seorang ahli keluarga aku. Lain-lain takda apa yang menarik. Abang aku yang duduk kat utara balik seminggu cuti sekolah. Ingat lagi masa ni Mak aku stress ngan memacam so kitaorg bawak lari arwah mak aku keluar makan. Mak aku jarang nak keluar makan malam tapi masa ni dia ikut kitaorng balik sampai pukul 12 malam. Bulan ni gak aku tukar layout baru blog aku setelah berahun-tahun pakai layout yang sama.
Langit tidak sentiasa cerah

APRIL
Bulan ni aku kena amik darah untuk check up bulan Mei. Bulan ni gak dapat surat daripada PTPTN sebab ada tunggakan untuk 2 tahun tak bayar PTPTN selepas pelarasan ke Ujrah. Masa ni berkobar-kobar nak bayar habis dengan keluar duit tabung haji. Tapi tak jadi mengenangkan PTPTN aku company aku yang bayarkan. So buat apa buang duit aku g bayar sendiri. Selagi aku kerja bior ler company aku bayarkan.  Tak jadi g Tabung Haji, aku boleh melencong g makan Nasi Kari Kambing 40 hari. Arwah mak ikut sekali masa ni. Yang PTPTN tuh akhirnya dia revise balik jangka masa pembayaran. Alhamdulilah.
Masa ni terlajak ke Kambing 40 Hari

MEI
Bulan 5. Bulan ni family akak aku buat majlis walimah untuk anak dia yang sulong. Happy lah dia sebab 1st time dapat menantu. Masa ni arwah mak dah mula tak sihat. Masa tu dia asyik cakap macam tak sempat jer tengok kenduri walimah anak saudara aku ni. Alhamdulilah dia dapat tengok. Belum buat entry lagi pasal wedding nih. Pastu bulan konvo. Anak saudara aku ada sorang amik diploma konvo. Alhamdulilah dapat pakai selimpang. Anugerah Naib Canselor. Skrg tgh sambung degree. Pastu bulan puasa.
mak...

JUN
Bulan Jun. Bulan pertama bulan sedih dalam hidup aku. Tak tahu nape aku ngan akak aku boleh pulak nak buat kuih raya minggu pertama puasa. Alasannya masa tuh aku n akak tengah period lepas tuh cuti sekolah. Ini masa terbaik untuk buat kuih raya. Masa beli barang kuih tuh arwah mak ikut. Masa tuh dia pun dah macam termenung jauh n dah mula sakit-sakit badan. Minggu kedua puasa sampailah raya mak aku mula sakit. Keluar masuk hospital. Tiga hospital. PSH, HSA & JSH. Masuk ICU dua kali kat PSH & JSH. Naik ambulan banyak kali dari rumah ke hospital, hospital ke rumah n rumah ke tempat dylisis. Kalau nampak ambulan kat jalan skudai mesti sedih sebab pernah naik sekali temankan arwah mak.
Malam 21 Ramadan

Sambung Part 2 pulak.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih