Raya yang suram 4
Sambungan daripada Raya yang suram 3 . ICU kat JSH Minggu raya tuh ramai ahli keluarga aku ada dirumah. So aku amik keputusan untuk berkerja pada 4 Syawal/28 Jun 2017 sebab minggu depan semua akan balik ke rumah masing-masing. Alhamdullah aku dapat bos yang memahami. Dia beri aku amik cuti selama mana yang aku mahu untuk menghabiskan masa-masa terakhir dengan mak. 6 Syawal/30 Jun, masa aku kat opis akak aku call minta aku call mana-mana private hospital untuk mak buat dialysis. Tak sanggup kami lihat mak terseksa sebab tak dialisis. Aku call pihak PSH. Mula-mula diorg tak nak terima. Lepas tuh akak aku call pulak diorg dan mereka setuju untuk datang dengan ambulan ambil mak kat rumah. Tapi bila sampai di emergency PSH, diorg tak dapat nak buat apa-apa sebab pakar masih bercuti hari raya. Aku telefon pulak JSH pulak, alhamdulilah ada pakar kat JSH dan dia setuju untuk review kes mak aku. Tapi diorg tidak boleh memberi apa-apa jaminan memandangkan keadaan mak aku yang dah kri...