Raya yang suram 2

Sambungan daripada post Raya yang suram.

Lama betul nak sambung post ni. Nak dekat setahun kot. Draft memang dah lama buat tapi rasa macam tak rasa nak post. Sedih rasanya nak sambung cerita raya yang suram ni. Masa taip ini bercucuran air mata aku. Tapi aku dah mula so kenalah habiskan.

2nd time masuk PSH

19 Ramadan, mak pergi dylisis tempat biasa. Pukul 8 pagi pusat dialysis telefon. Mak aku tak boleh dialysis sebab blood pressure dia jatuh rendah sangat. So diorg suruh kitaorang refer balik kat PSH. Lupa nak cerita dalam entry raya yang suram. Mak aku juga ada masalah jantung. Pakar Jantung rasa ada blockage so kena buat angiogram. Tapi taulah kan angiogram kat private hospital plus procedure untuk blockage kosnya macam beli kereta myvi sebiji so kitaorg mintak refer ke GH. 

Pendekkan cerita, mak aku sesak nafas lagi lepas balik dialysis Jumaat 21 Ramadan. Masa tuh aku tgh kerja. Berkejaran aku pergi ke PSH tunggu akak aku kat lobi spital n haritu mak aku admit lagi kat PSH. Masuk medical ward. 4 hari 4 malam mak aku duduk hospital. Bila malam jer aku yang temankan mak aku. Mak aku still batuk n banyak kahak. Hari selasa 25 Ramadan mak aku dibenarkan balik. Masa tuh gembira dia n dia pun dah nampak macam sihat sikit. 

Hari dia balik tuh, dia minta masakan asam pedas ikan kerisi. Ingat lagi dia ada berapa ekor ikan kerisi dalam peti ais. Akak aku masakan n berselera dia makan dengan bubur. Siapa sangka, itu lah asam pedas terakhir yang dia makan. Hari selasa 25 Ramadan lepas waktu berbuka puasa mak aku mula sesak nafas balik. Kali ni dia sendiri minta dibawa ke GH dan memandang kami memang nak refer ke Pakar Jantung di GH. Sampai di emergency mak aku dibawa ke Zon Kuning, zon separa kritikal. Pukul 3 pagi baru dapat masuk wad.

Di GH bermulalah episode yang menyedihkan buat kami sekeluarga. Maaf tak boleh cerita dengan detail waktu di GH kerana ini semua qada dan qadar yang telah ditentukan oleh Allah swt n kita sebagai umat Islam kenalah menerima takdir daripada Allah ini dan tidak boleh menyalahkan sesiapa dalam hal ini. Dipendekan cerita, condition mak aku semakin merosot. Untuk pengetahuan semua, mak aku juga mengalami strok di bahagian memori. Ada masa-masa mak aku tidak kenal atau lupa anak-anaknya. Mak aku juga tidak boleh bercakap dan tidak merasa sakit walaupun di punggungnya terdapat dua (2) luka sebesar duit 50 sen lama.

Sambung Part 3

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih