Raya yang suram 3

Sambungan daripada post Raya yang Suram 2.


Menunggu

Hari Ahad, 1 Syawal, di pagi raya ketika orang bergembira menyambut Hari Raya, aku masih di hospital menemani mak aku semenjak malam raya lagi. Hanya juadah roti yang mengalas perutku. Itu pun tak tertelan kerana hati terlalu sebak melihat keadaan mak. Pukul 9 pagi, anak-anak saudara aku datang untuk gantikan tempat aku. Ada yang bawak juadah raya untuk aku. Aku turun bawah nak balik but sebelum tuh plan nak singgah kubur arwah ayah aku. Dekat jer ngan spital tuh. Tapi bila sampai bawah hujan turun selebat-lebatnya. So aku pun duduk kat bawah wad menunggu hujan berhenti sambil makan juadah hari raya yang dibawa anak saudara aku.

Masa tunggu hujan berhenti, tiba-tiba telefon aku berbunyi. Anak saudara aku yang sedang menjaga mak aku kat atas telefon bagitahu condition mak aku. Doktor maklumkan tiada apa yang dapat dibuat. Dialisis tidak boleh dibuat kerana condition mak aku yang tidak mengizinkan. Dibawah wad itu juga aku menangis dan aku terus mengharungi hujan lebat untuk ke kubur arwah ayah aku.

3 Syawal/27 June malam terakhir di GH aku menemani mak. Sedih tengok mak berkeadaan begitu. Kebanyakan pakar dah mula bertugas. Hari tu baru dapat penerangan yang lebih detail mengenai condition mak aku. Kami adik beradik dah berbincang untuk membawa mak pulang ke rumah. Doktor-doktor pun dah memberi cadangan untuk membawa mak pulang ke rumah dengan keadaan mak tiada apa yang dapat dibuat. Ibaratnya hanya menunggu jantung mak terhenti dengan sendirinya.

Pukul 9 pagi, akak aku ambil aku di hospital kerana kami perlu mencari medical bed untuk mak. Kami memilih untuk membeli katil tersebut daripada menyewa. Takpelah biarlah mak selesa di saat-saat akhirnya. Tapi pada ketika itu hari raya tiada lori yang jalan. Kalau ada pun kena datang amik dengan lori sendiri. Nasib baik ada Uncle Vasu, jiran depan rumah yang sudi amik kan katil tanpa apa-apa bayaran. Berkejaran kami pulang ke rumah untuk membuat persiapan untuk mak pulang.

Kami juga menyewa mesin bantuan oksigen untuk mak bagi memudahkan mak bernafas dan nebulizer untuk mak. Pukul 3 petang mak aku pulang ke rumah dengan menaiki ambulan yang disewa oleh kami. Minggu sebelumnya ketika di PSH, mak masih boleh duduk, makan dan bercakap. Sedihnya melihat keadaan mak ketika itu. Mak dah seminggu tak dialisis. Sebab itu keadaan jadi sebegitu.

Sambung Part 4.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih