Raya yang suram 5

Sambungan daripada Raya yang suram 4.

Katil mak kat rumah.

Isnin, 3/7/2017, berbincang semula dengan doktor pakar. Memandangkan mak aku dah tiada apa-apa respon, tiada apa-apa yang dapat dibuat. Dana yang kitaorg ada sangat terhad kami adik beradik buat keputusan untuk membawa mak pulang atas risiko sendiri. Kenapa kami tak transfer ke mana-mana GH? Ada sebab kenapa tak transfer ke GH. Lagipun kitaorng dah sign AOR jugak masa di GH sebelum nih. Kami ambil keputusan yang paling berat dalam hidup kami. Tiub yang disambungkan dengan mesin ventilator akan ditanggalkan di rumah dan doktor pakar meramalkan jantung mak aku akan terhenti selepas tiub itu dicabut. Sedihnya hati masa tuh hanya Allah jer yang tahu. Kitaorg amik keputusan untuk bawa mak pulang pada 4/7/2017 (Selasa).

Masih terbayang aku naik ambulan menyusri  jalan Skudai yang jem untuk membawa mak pulang ke rumah. Di rumah semua dah bersedia dan telah menunggu mak pulang. Sampai di rumah hanya alunan ayat-ayat Al-Quran dan tangisah kendengaran menyambut mak pulang. Hampir semua anak-anak dan cucu-cucu telah berkumpul menunggu kepulangan mak. Kami tidak putus-putus membisikan kalimah Allah ke telinga mak.

Sedihnya hanya Allah jer yang tahu bila nurse perlahan-lahan menanggalkan semua tiub-tiub yang ada pada  mak. Ajal dan maut Allah yang menentukan. Kuat semangat mak ketika itu. Mak boleh bernafas tanpa bantuan alat penafasan. Allah masih memberi kami masa untuk berbakti dan menghabiskan mak dengan mak di hari-hari terakhir mak.

Pihak hospital beberapa kali menelefon kami bertanya khabar mak. Doktor yang merawat mak sangat prihatin hingga dia sanggup menerima mak untuk dylisis walaupun dihospital ni dah penuh. Alhamdulilah, tempat dylisis lama mak masih mahu menerima mak.

21 hari aku lalui hari-hari terakhir disisi mak. Menjalankan tanggungjawab terakhir aku sebagai seorang anak. 23 Julai 2017 jam 2.00 petang, mak yang aku sayangi dan aku kasihi telah pergi meninggalkan aku buat selama-lamanya. Hanya Allah jer yang tahu betapa sedih dan remuknya hati aku ketika itu.

Masa mak mengandungkan aku, mak banyak berdoa agar anak yang lahir nanti adalah anak perempuan supaya dapat menjaga dia di hari tua nanti. Terima kasih Allah kerana memakbulkan doa mak. Aku berada disisi mak ketika mak menghembuskan nafas terakhirnya.

Setahun lebih aku amik masa nak habiskan pos nih. Sampai abang aku yang masih sama-sama mengadap saat akhir mak pun dah ikut mak pulang ke rahmatullah. Sedihnya Allah jer yang tahu.

Al-Fatihah untuk mak.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih