edisi makan-makan

 jgn memain saya boleh habiskan tau! saya lapar nih!

sempena besday abg aku minggu lepas, abg aku dgn pemurahnya belanja kitorg satu family makan kat restoran chicken chop rm5 yg femes kat JB nih. aku bab2 makan nih mana leh ckp takleh. rezeki jgn ditolak  musuh jgn dicari beb hehehe. so beramai2 ler kitorg pegi ke restoran pemes itu dengan kereta masing2. tapi kesian kat abg aku sbb aku tak beli kek. lagi pun besday dia da terlepas pun (nak cover ler tuh) hahaha boleh lupa plak. actually aku igt mkn kat tgh ramai2 orang (aku kan penyegan sikit) segan ler nak bawak kek. sekali rupanya kat situ ada bilik khas utk ditempah oleh sesiapa yg nak buat event makan2 kat situ mcm gathering ker, besday party apa2 ler yg korg nak buat dalam group yg ramai tapi kena tempah dulu ler. bilik nya pun sgt selesa ada aircond lagi. bagus utk buat party yg berbajet sederhana. sbb ciken chop kat situ pun baru rm5 jer.

chicken chop aku. yg nampak sikit tuh lamb chop akak aku

actually nih ler first time aku makan kat sini. yg nih cawangan selepas gerai kat hutan bandar. tapi kat hutan bandat tuh mmg pack sgt orang nya. even kat sini tmpt yg sebesar nih pun boleh penuh. untuk harga yg rm5 aku rasa sgt berbaloi sbb sedap actually chicken chop nih ada tiga keping. tapi dia guna fillet ayam (original daging ayam yer tak bercampur ngan tepung) so mmg kenyang. akak aku pulak mkn lamb chop. sedap tapi aku tak tau harga dia berapa. tak silap aku tak sampai rm10 kot. sama gak ngan fish n chip pun sedap gak. boleh dikatakan berbaloi2 lah makan kat sini. aku siap nak order kueyteow goreng sbb aku igt kan tak kenyang. hahha nasib baik abg aku tersalah order dia pegi order french fries pastu tak siap2 lak tuh (akibat ramai org sgt kot) seb baik leh kansel order sbb mmg kenyang sgt lah (mcmana tak kenyang bukan ko da lantak nasi dari rumah ke hahahaha). pada sesiapa yg berada di kawasan sekitar jb kalau nak buat event makan2 yang berbajet rendah boleh buat kat restoran nih yer. aku mmg rekemen. oh yer lupa restoran nih terletak kat bekas gudang TNB jalan yahya awal. (kat tadika lama aku lak tuh!).

anak encik yg belanja aku

blahh dulu Juvana episode akhir dah nak start!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih