Catatan Perjalanan Day 2 - Tuesday, 7 June 2011

masa ni flight tgh pusing2 nak landing

Assalamualaikum! post nih adalah kesinambungan dari Catatan Perjalanan Day 1. Flight aku mendarat tepat2 jam 6.15 pagi  (waktu Istanbul) selasa 7 jun 2011 kat Ataturk Airport. Beza masa Malaysia n Turki adalah 5 jam. So kul 11 pagi waktu malaysia ler aku sampai kat istanbul. Masa nak landing, Subahanallah... indah sgt2 bumi ciptaan Allah. Memang tak terungkap dengan kata2. Masa tuh matahari baru nak naik. ruginya tak amik gambar. tergamam masa tuh. dah mendarat baru aku amik picture.


bila turun jer flight aku rasa sejuk! angin sgt2 sejuk mcm kat genting or c.highland tapi lagi sejuk ler. menurut tourist guide aku, masa tuh baru nak msk summer so matahari dah terik sikit n makin lama suhu makin naik. tapi still rasa udara sejuk walaupun tgh panas terik. Secara keseluruhan Ataturk airport nih ok. imigresen dia pun ok n sgt cekap. yg paling best masuk turki org malaysia tak payah pakai visa yer.

pemandangan masa tunggu nak cop passport

Actually Istanbul nih terbahagi kepada 2 benua iaitu Asia n Eropah. Ataturk Airport nih adalah di bahagian eropah n hotel aku pun kat bahagian eropah. technically aku dah jejak kaki kat benua eropah lah kan? ekekeke. Bila musim panas siangnya lebih panjang daripada malam. gambar2 kat atas tuh baru kul 6 pagi tapi matahari dah naik mcm kul 8 pagi waktu malaysia. subuhnya kul 4.00 pagi, zohor kul 1.10 (lebih kurang sama cam malaysia), asar kul 5.07 minit, maghrib kul 8.42 malam (kalau bulan poser mmg masakkk) n isyak kul 10.30 mlm.

Istanbul byk Masjid. salah satu masjid kat Istanbul
 
Oleh kerana waktu standard check-in hotel adalah kul 12 tghari, tourist guide or namanya Laleh, bawak kitaorg jalan2 dulu kat sekitar kota Istanbul. Destinasi pertama yang dia bawak adalah pegi melawat Masjid Ayub. tapi sebelum  tuh dia bawak gi breakfast dulu kat satu kedai roti berdekatan dengan Masjid Ayub.

roti yg sgt 'sedap' pepagi da wat senaman mulut

Lepas jer breakfast, kitaorg jenjalan kat kedai sekitar Masjid Ayub tuh. Aku tak beli apa2 sbb aku nak simpan duit utk pegi Grand Baazar hehehe. Aku suka tull suasana kat sini. mcam best jer. n yg paling best aku kagum ngan orang2 kota Istanbul nih. pandai diorg jaga kebersihan. maybe sbb Istanbul adalah kota UNESCO World Heritage Site tuh sbbnya kerajaan diorg titik beratkan mengenai kebersihan. bukan nak puji negara orang lebih2 tapi kan benda yang baik patutnya kita amik sebagai contoh. tull tak?

dataran depan Masjid Ayub

Masjid Ayub or Eyüp Mosque nih dibina pada zaman Khalifah Uthmaniah. Nih ler masjid pertama yang dibina yang asalnya memang masjid. sbb menurut tourist guide aku, sebelum nih masjid2 yang ada dulu sbnrnya gereja tetapi bila empayar roman jatuh ke tangan Khalifah Uthmaniah gereja2 semer di convertkan ke masjid2. kiranya masjid nih ler masjid pertama yang betul dibina pada zaman Khalifah Uthmaniah.

entrance Masjid Ayub

Masjid Ayub bukan juga jadi tumpuan pelancong asing tapi juga pelancong tempatan. menurut Laleh kalau musim cuti sekolah ramai budak2 lelaki dtg masjid nih kira mcm nak amik berkat sebelum berkhatan. diorg pakai cecantik mcm raja. lepas dtg masjid mak bapak diorg bawak gi spital utk potong! ekeke. aku tak jmp bebudak tuh kat sini. masa kat masjid biru aku jmp tapi tuh aku cerita dalam day 3 nanti ek. 
bahagian dalaman 
Masjid Sulaiman

Kat sini kitaorg jmp sorg pekerja masjid yg sgt ramah. nama dia Aminah. tapi dia tak reti ckp english jadi mcm ayam ngan itik. jadi paham2kan gitu jer ler n ngan guna bahasa isyarat. dia siap bagi kitaorg yassin, al-quran n tasbih. banyak plak tuh. kat sini ler aku merasa kena simpul biawak masa tgh berjalan2!. dua2 kaki plak tuh. azab betull. mcm nak nangis pun ada. selalu aku kena time tido jer. masa kat sini aku kena time berjalan. maybe aku duduk 12 jam dalam kapal terbang n turun2 aku terus jalan pastu sejuk lak tuh.

sakit2 pun smpt amik gambar. 
time nih da kena tinggal sbb tgh sakit kaki
 
langit biru ~ tenang jer jiwa kat sini
Lepas Masjid Ayub, si Laleh bawak g Masjid Sulaiman or Süleymaniye Camii plak. Masjid nih mcm kat tgh bandar turun bas pun kat tepi jalan jer pastu kena naik tangga. aku adalah masalah ngan kaki aku. tapi ku gagahi jua tapi kat sini aku tak byk amik gambar n byk duduk jer sbb aku da penat n kaki aku buat hal plak so mmg takde mood langsung ler. apa yg si laleh tuh bagi penerangan langsung aku xigt yg aku igt dia ckp masjid nih dikenali masjid biru gak tapi tak sefamous mcm blue mosque yg satu tuh. mood aku cuma nak cepat check-in hotel, mandi n tidur (time actually aku dah lebih 24 jam tak mandi hihihi)

Laleh dpn masjid sulaiman

lepas masjid sulaiman, si laleh bawak pegi first lunch kat turki nih. salah satu yg tak best kat turki nih semer nak kena bayar. masuk toilet of course mmg kena bayar. kalau kat malaysia msk toilet paling mahal 30 sen kot? (ada yg mahal lagi ke?) tapi kat turki ni msk toilet 1 lira bersamaan rm 2.50? yg aku geram tuh ada masjid nak amik air sembahyang pun dia kira 1 lira gak!

mkn salad, roti cecah kuah yg rasa 
pudina jer n nasi dgn kebab ayam

kat sini air mmg kena beli. takde air suam or air kosong mcm kat malaysia ek. air semer kena beli dalam botol yg harganya lebih kurang 3 lira satu botol 1.5 liter tuh. pastu kat sini selain duit lira diorg terima duit dollar us n euro. cuma kena tau rate kalau tak abih kena tipu. aku da siap2 tukar dolar us masa kat malaysia. tapi kan mmg bahaya tull ler kekadang kita rasa barang tuh murah jer tapi cuba kali dollar us tuh ngan duit kita. baru terasa mahal. lepas makan baru si laleh bawak g hotel utk check in. tapi bilik aku dpt lmbt huhuhu lepas serangan simpul biawak kira2 jam 2 lebih waktu turki baru aku dpt bilik.

seb baik bukan hotel iblis ekeke. 
tapi nih bukan hotel aku

nama hotel aku duduk tuh Hamidiye Hotel. terletak di kawasan bersejarah n tgh2 bandar istanbul. bolelah hotel dia tapi aku da cek kat internet rate dia utk bilik 3 org hargnya 150 euro? mahal tuh cuba kali duit malaysia. apa2 pun secara keseluruhan pengajaran utk hari pertama aku kat turki ialah marilah kita sama 2 perlihara Sultan kita sbb dari penerangan si laleh tuh turki jadi negara sekular lepas kesultanan turki  ditumbangkan oleh Kamal Atarturk. kalau korg baca paper n amik perkembangan semasa, byk benda nonsense yg diorg kuatkuasakan contohnya pemakaian tudung oleh pekerja kerajaan n disekolah2 n universiti2 awam. fikir2kan lah yer? jumpa lagi di sambungan post ini yer n post tuh masih di Turki lagi. bye2

I LOVE MALAYSIA!

klik sini utk ke day 3

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih