Posts

Showing posts from June, 2012

Resepi: Murtabak Maggi

Image
murtabak maggi! Sapa lah yg tak suka makan maggi kan? dulu masa aku membesar aku suka makan maggi. sbb arwah ayah aku bukak kedai runcit so aku dapat bekalan maggi free jer masa tuh. bila lapar jer aku amik maggi. masak! lapar jer maggi lapar jer maggi. tuh yg terganggu terus metabolisme aku. tuh mcm tong dram jer aku skrg nih.  oleh kerana skrg nih selera aku terhadap nasi telah kureng sikit so aku beralih lah kepada makanan yang tak berkhasiat nih. kalau nak makan maggi yg kuah biasa tuh mcm bosan plak kan so aku pun buat lah murtabak maggi. resepi nih senang dan simple je n sodap plak tuh. meh sini aku ajar camner nak buat murtabak maggi. bahan-bahan: Sebungkus Maggi kari Telur sebiji (terpulang. kalau rasa nak telur byk pakai lah 2 biji. aku takmau sbb telur byk kolestrol heheh) bawang besar yg sederhana sebiji (kalau tak suka bawang tak payah lah letak) bahan rencah mcm ayam ke or daging or udang or sotong. ikut suka korg lah. cam kat gambar nih aku letak so...

Hello weekend!

Image
Skrg nih mcm cepat jer masa berlalu kan? rasanya mcm baru jer msk hari isnin. sekali eh dah hari jumaat!. bila masa cepat berlalu nih secara tak langsung pun rasa mcm cepat tua hehehe. apa2 pun mmg kita dah ditakdirkan untuk jadi tua kan? kalau tak tua pun maybe umur tak panjang. meninggal muda. pada pendapat aku lah orang yg tua dengan kedut2 kat muka tuh adalah orang paling cantik sekali daripada orang tua yg pakai botox pastu muka bengkak mcm kena sengat tebuan. cuba cermin muka tuh buruk ok. muka pun mcm da serupa kucing. apa salahnya kekalkan apa yg Allah dah bagi seiring dengan usia? ok lah tutup bab nih. Aku bila tiba hari sabtu jer mesti memikir nak masak apa. cos selalunya hari sabtu akak n abg aku ada yg dtg nak melawat2 mak aku merangkap mak diorg gak heheh. kekadang rasa mcm fed up gak nak masak. tapi mcm tak best kan orang datang tak masak. tak sampai hati. lagipun aku mmg suka masak (hahahaha) testing2 resepi baru hehehe baked cheese potato lagi! ini bukan resepi ...

Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead

Image
Someone Like You I heard that you're settled down That you found a girl and you're married now. I heard that your dreams came true. Guess she gave you things I didn't give to you. Old friend, why are you so shy? Ain't like you to hold back or hide from the light. I hate to turn up out of the blue uninvited But I couldn't stay away, I couldn't fight it. I had hoped you'd see my face and that you'd be reminded That for me it isn't over. Never mind, I'll find someone like you I wish nothing but the best for you too Don't forget me, I beg I remember you said, "Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, Sometimes it lasts in love but sometimes it hurts instead, " Yeah You know how the time flies Only yesterday was the time of our lives We were born and raised In a summer haze Bound by the surprise of our glory days I hate to turn up out of the blue uninvited But I couldn't stay away, I couldn't fight it. I'd...

Beriani Batu Pahat

Image
tetiba rasa lapar tgk gambar nih Tidak boleh dinafikan Batu Pahat adalah tempat terbaik nak cari nasi beriani gred A. heheh. kat sana lah boleh kita dpt beriani2 yg sgt2 sodap. alahai tetiba lapar plak tgk gambar nih. dah lah aku mmg tengan lapar nih. kalau lah boleh jadi cam gopal dalam boiboy tuh dah sah2 aku tukar laptop aku nih jadi nasi beriani kat atas nih. apa lah aku merepek nih ek. sambung cerita. selalu kalau makan nasi beriani batu pahat nih akak aku balik kg asben dia lah. so apa lagi kirim lah nasi beriani nih. aku tak pernah g sendiri. so aku tak tau kat mana kedai nih. rasa mcm dekat2 ngan jambatan. lebih kurang mcm tuh lah. mmg sgt marvelous tau nasi nih. portionnya pun banyak. kalau jenis bukan makan byk. sila2 lah yer berkongsi. apa2 pun nasi beriani nih mmg terbaek!!

Jet lag

Image
Takdenya aku kemana2. duit tak berapa nak cukup so mmg tak boleh kemana2. tajuk aku jet lag sbb aku terigt masa aku balik umrah last year. sejak 2-3 hari nih aku drive mcm nak tertidur jer. ngantuk sgt2. tuh yg aku terigt masa last year tuh. Tapi mmg seksa gak aku nak adjust body aku lepas balik umrah last year. ada 2 minggu gak lah nak adjust ngan time nih. beza masa Malaysia - Arab Saudi/Turki takde lah jauh sangat cuma 5 jam jer. tapi dalam 2 minggu tuh aku punya jadual mmg totally berubah. masa aku pegi tuh time summer so siangnya panjang.  Masa kat Istanbul time subuh pukul dalam pukul 4 pagi gitu. so mmg awal pagi dah bgn. nasib baik hotel aku dekat ngan Masjid so boleh dgr lah azan subuh dengan jelas. lepas subuh apa lagi sambung tidur sampai pukul 8. masa kat Makkah n Madinah plak mmg lagi awal da bgn pukul 3 pagi selalunya aku dah mandi siap2 nak pegi solat subuh. aku cover tidur aku plak dari kul 8 pagi - 11 tghari. itupun kalau takde apa2 aktiviti. kalau ada law...

Selamat hari bapa

Image
Lama dah aku tak post apa2. Sejak tak sihat ni rasa macam malas je nak tulis apa2. Apa2 pun sempena hari bapa aku nak ucapkan selamat hari ayah, abah, bapak dan apa2 sewaktu dgnnya. Aku rindu sgt ngan arwah ayah aku. Moga2 Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya Al-fatihah kami senasib

Mango oh mango

Image
giants mango  Ya aku tau. ramai yg terliur bila lalu depan rumah aku tgk buah mango yg besar n gemuk nih tergayut2 atas pokok rumah aku. tapi patut ke ko curi buah mango orang wahai pencuri?. ko tak tau betapa susahnya tuan punya pokok nih nak tanam pokok nih. mula2 tanam tercangkul paip air. menyembur air ke langit. terus cabut lari. wakakkaka masa tuh baru dapat kunci takde org lagi duduk situ. pokok tuh dah diberi mcm2 baja. lepas 6 tahun tanam baru lah nak berbuah. tapi buahnya cam emas. bukan lebat. 5-6 biji gitu. bila berbuah kali kedua nih ada gak kena curi. tak boleh tahan yg muda2 belia tuh gak mak aku amik. takut kena rembat ngan pencuri tak tau malu tuh. teringin nak makan buah nih betul2 masak atas pokok. camner rasanya ek. manis ke? sbb buah yg aku peram kat atas nih rasa dia agak sedap. cuma kalau dibiar masak atas pokok mesti lagi sodap n manis. sapa punya kerja lah yer. pasnih nak letak signboard kat pokok nih. kalau dah amik buah tuh sila amik dengan poko...

Ujian Allah untuk aku...

Image
makanan time demam. ini aje yg sodap Dah berapa hari aku tak sihat. camner nak keje esok. demam n satu badan lesu. kaki aku rasa sejuk tapi badan aku rasa mcam panas jer. anak saudara pegang aku pun ckp badan aku panas. bila aku jumpa doktor dia ckp demam sikit. aku rasa bukan demam sikit nih. mcm demam banyak jer. dia cuma bagi paracetemol, ubat selsema n batuk. padahal aku tak selsema. aku jarang demam kalau tak selsema. selalunya aku demam sbb aku selesema. tapi kali nih aku tak selsema. tapi badan2 aku sakit2 nih. sendi2 pun mencucuk2 jer. aku nih cepat berpeluh. nih kalau duduk dalam selimut tebal tuh pun aku tak berpeluh. yg aku dapat bahang panas dari badan aku nih. aku dah rasa tak sihat dari hari jumaat. bandn aku da sakit2 n aku rasa bahang semacam jer. camner nak keje esok. opis aku bukan senang nak cuti apatah lagi MC. nanti kata aku menipu lah. buat2 sakit lah. agaknya kalau org mati dalam opis baru nak caya kot.

Mari! mari! kerja kosong!

Image
First time aku berblog dari opis. tapi aku blog time lunch ek. bukan opis hour. lagipun ptg nih aku kan jadi bos hehehe. sajer aku nak post pasal Legoland Malaysia ada buat Walk in interview untuk beberapa jawatan. so apa lagi pada sesiapa yg tgh cari kerja tuh boleh lah cuba nasib. aku pun rasa mcm nak test market jer. igt nak try jawatan yg write-in position tuh. smlm akak2 aku antar anak saudara aku gi interview kat situ. pada sesiapa nak dtg dinasihatkan datang pagi2. n sapa2 yg lepas interview akan pegi ke sesi petang plak assessment. ada 3 assessment. pueh aku cari idea bagi kat anak saudara aku masa assessment. moga2 anak saudara aku dapat lah kerja kat situ. gaji pun boleh tahan n banyak benefit2nya. kami sekeluarga mendoakan kamu dapat kerja. aminnnn

Ngantuknya!

Image
Sekarang nih tiap2 hari aku da tidur lambat. mcm hari nih lagi lah lmbt sbb tulih blog nih. tuh yg kat opis asik nak terlentok jer. kalau dulu elok jer pukul 11 aku dah tidur. takpun kul 10.30 aku da belayar. tapi skrg nih kul 12 pun aku lom tentu tido laie. apo laie yg aku layan skrg nih ek?? nguap dulu nguap lagi besornya mulut ko nguap ok aku layan cerita nih:- pasal si Geum Hwa lah nih! adoiii skrg nih aku dok layan cita Miss Ajumma . Aku dah janji ngan diri sendiri jgn layan cerita2 korea nih. bila pukul 10 lebih jer naik bilik terus tidur. tapi akak aku plak mmg peminat hardcore korea. 24 jam tak bosan2 tgk cerita korea tuh yg sedikit sebanyak aku pun dah terjebak sikit. best plak cerita nih tuh yg terjebak nih. drama nih mengisahkan seorang wanita yg bernama Kang Geum Hwa yg kena cerai ngan laki dia sbb tergila2kan ngan pompuan lain. Kang Geum Hwa nih actually dia lawa tapi bila da jadi mak org dia dah jadi mcm nih:- alah...

Sekejap jer dah setahun

Image
kenangan umrah tahun 2011 Last year time2 mcm nih aku tgh bz packing barang. masa tuh hati rasa sgt lah berdebar. rasa gembira, sedih, takut semuanya ada lah kiranya. gembira sbb aku akan menempuh satu perjalanan yg paling bermakna dalam hidup aku. sedih sbb aku akan tinggalkan mak aku n mana tau aku tak balik ke. n takut plak aku takut ada kah aku akan diterima Allah jejakkan kaki ke rumah-Nya. itu yang paling takut. banyak sgt baca cerita kat mastika pasal org pegi tanah suci nih. lagi satu aku takut tak lepas Imigresen. yelah PTPTN masa baru-baru grad dulu ada kegagalan dari segi bayaran. lepas 5 tahun aku grad baru aku start bayar. Setiap orang mesti ada impian kan nak pegi situ. aku jugak. tapi pintu hati aku betul2 terbukak masa pertengahan tahun 2009. rasanya time tuh Allah layangkan 'kad jemputan' utk aku agaknya. masa tuh mak aku cerita yg dia teringin nak pegi lagi ke Makkah. last dia pegi tahun 1994 masa tuh buat haji ngan arwah ayah aku. tetiba time tuh aku...

Demi masa

Image
Waktu office aku start pukul 8.30 pagi tapi pukul 7.45 pagi aku da sampai. Waktu office aku tutup pukul 5.30 ptg tapi selagi belum pukul 6.00 ptg mmg tak balik lagi. Aku orang pertama bukak office n aku lah orang terakhir tinggalkan office. Aku keluar rumah pukul 7.00 pagi n pukul 7.00 malam baru aku sampai rumah. Bila aku nak cuti ada aje keje yg urgent nak disiapkan. sudahnya bila cuti hati aku tak tenang. Aku teringin nak dtg lambat, balik cepat, keluar rumah lambat n sampai rumah cepat. Tapi tiap kali aku datang lambat tanpa disengajakan time tuh jugak aku kantoi cos kadang2 boss aku cari aku. so dia dah assume aku dtg lambat hari2 padahal baru sekali dalam sebulan or kadang2 berbulan2. Aku datang cepat bukan sebab aku nak membodek atau mengampu atau apa. dah mmg prinsip hidup aku untuk datang sebelum masanya. mmg aku dah diasuh dan diajar untuk menepati waktu. Salah satu sebab aku keluar rumah awal sebab aku tak nak drive kereta dalam keadaan tergesa-gesa, kela...