Resepi: Murtabak Maggi

murtabak maggi!
Sapa lah yg tak suka makan maggi kan? dulu masa aku membesar aku suka makan maggi. sbb arwah ayah aku bukak kedai runcit so aku dapat bekalan maggi free jer masa tuh. bila lapar jer aku amik maggi. masak! lapar jer maggi lapar jer maggi. tuh yg terganggu terus metabolisme aku. tuh mcm tong dram jer aku skrg nih.  oleh kerana skrg nih selera aku terhadap nasi telah kureng sikit so aku beralih lah kepada makanan yang tak berkhasiat nih. kalau nak makan maggi yg kuah biasa tuh mcm bosan plak kan so aku pun buat lah murtabak maggi. resepi nih senang dan simple je n sodap plak tuh. meh sini aku ajar camner nak buat murtabak maggi.

bahan-bahan:

Sebungkus Maggi kari
Telur sebiji (terpulang. kalau rasa nak telur byk pakai lah 2 biji. aku takmau sbb telur byk kolestrol heheh)
bawang besar yg sederhana sebiji (kalau tak suka bawang tak payah lah letak)
bahan rencah mcm ayam ke or daging or udang or sotong. ikut suka korg lah. cam kat gambar nih aku letak sosej berkeju.

cara-caranya:

didihkan air dalam periuk n celur mee maggi dulu. lepas mee maggi dah lembut. toskan
potong dadu bawang besar n potong kecik2 bahan rencah
pecahkan telur n pukul sampai kembang. letak perencah maggi. jgn semua. nanti masin sgt.
gaulkan telur yg dah dipukul ngan perencah maggi tuh ngan mee maggi, bawang n bahan rencah.
panaskan kuali letak minyak sikit n goreng maggi yg dah di gaulkan ngan bahan2. 
goreng mcm goreng murtabak ye. siap! selamat mencuba!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih