Jet lag

Takdenya aku kemana2. duit tak berapa nak cukup so mmg tak boleh kemana2. tajuk aku jet lag sbb aku terigt masa aku balik umrah last year. sejak 2-3 hari nih aku drive mcm nak tertidur jer. ngantuk sgt2. tuh yg aku terigt masa last year tuh.

Tapi mmg seksa gak aku nak adjust body aku lepas balik umrah last year. ada 2 minggu gak lah nak adjust ngan time nih. beza masa Malaysia - Arab Saudi/Turki takde lah jauh sangat cuma 5 jam jer. tapi dalam 2 minggu tuh aku punya jadual mmg totally berubah. masa aku pegi tuh time summer so siangnya panjang. 

Masa kat Istanbul time subuh pukul dalam pukul 4 pagi gitu. so mmg awal pagi dah bgn. nasib baik hotel aku dekat ngan Masjid so boleh dgr lah azan subuh dengan jelas. lepas subuh apa lagi sambung tidur sampai pukul 8. masa kat Makkah n Madinah plak mmg lagi awal da bgn pukul 3 pagi selalunya aku dah mandi siap2 nak pegi solat subuh. aku cover tidur aku plak dari kul 8 pagi - 11 tghari. itupun kalau takde apa2 aktiviti. kalau ada lawatan n buat umrah mmg takde tidur lah.

Masa mula-mula sampai Istanbul takdelah payah sgt nak adjust masa. sbb aku naik flight pukul 11.30 malam waktu malaysia sampai Istanbul pukul 6.00 pagi waktu Turki. so nampak mcm pendek jer kan. tapi sbnrnya aku dah duduk dalam kapal terbang dah 12 jam. kira ok lah aku pegi malam. sampai pagi.

Tapi bila balik plak flight aku pukul 11.30 malam gak tapi waktu Turki n aku sampai spore pukul 4.30 ptg waktu malaysia. nampak mcm panjang gila kan aku dalam kapal terbang. so memandangkan aku naik plane tuh masa tuh malam so mmg gelap jer lah suasana dalam plane tuh. padahal kat luo tuh terang benderang. siap makan breakfast lagi pukul 3 ptg waktu malaysia. ekekeke. bila turun jer dah nak malam dah. aiseyyy aku kan baru jer bangun tidur tapi nak kena tidur balik. tuh yg malam 1st aku sampai malaysia mata aku terkebil2 tak boleh tidur. 

pulak tuh esoknya aku keje. mmg takde rest langsung n aku plak mcm tak cukup tidur. so patutnya pagi yg aku pegi keje aku tidur tapi aku pegi keje. mmg sgt2 seksa ok. aku betul2 berperang ngan ngantuk. nyaris2 nak accident pun ada sbb aku terlelap. nasib baik takde apa2. 2 minggu jugak lah aku berperang ngan ngantuk. Skrg nih aku tak berapa sihat. batuk n now suara aku da hilang. tuh sbbnya aku kurang tidur. tak boleh tidur malam. asik terbgn jer. payah betul lah takde suara. baru rasa mcm nak menghargai suara. susah nak ckp ngan client. sakit tuh ujian dari Allah. hamba redha...

time sakit hirup benda2 berkuah baru sodap


Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih