Wishlist termakbul!

berkat kerja keras

Heeeee akhirnya dapat juga menyunting cinta hati saya yang terbaru bagi menggantikan En. Nokia saya. Susah betul nak dapat handphone nih. Dahlah iPhone nih mmg payah nak dapat kalau beli kosong2 gitu kan? Walaupun mmg ada jual kat kedai2 handphone yang bukan authorize reseller Apple, tapi aku mmg tak berani nak beli kat kedai2 macam tuh. Takut kena tipu. Heee mmg sifat semulajadi aku suka kan benda yang genuine heheh.

Putih pilihan aku. Sama mcm iPad aku.

Setelah aku kaji mengkaji, akhirnya aku memilih pakej dari Maxis memandangkan pakej dari Maxis jugak yang paling murah iaitu RM50 sebulan dengan 200 minit masa bercakap dan 100 sms untuk semua telco n 1GB Local Mobile Internet. Oleh kerana aku skrg nih mmg tgh single mingle so 200 minit dan 100 sms tuh adalah sangat2 mencukupi bagi aku dan 1GB Local Mobile Internet mmg cukup utk aku memandangkan kat rumah n office aku guna wifi dari Streamyx. Tapi yang tak bestnya harga iPhone 5 nih mahal lah. Lagi RM100 dah sama dgn harga asal. Aku pilih iPhone 5 32GB. Lagi satu sebab aku pilih Maxis walaupun org kata service nya suck sbb aku asalnya nombor aku nih adalah prepaid hotlink hehehe so lepas bayar hutang2 kat Celcom last month baru lah boleh tukar kepada postpaid.

terang betul color cover hp aku nih heheh

Gigih aku kerja nak dapat handphone nih. Masa iPhone 5 baru keluar, aku tgk ramai kawan2 aku dok post gambar iPhone 5 nih kat FB, laki bagi lah, boyfren bagi lah or tunang bagilah. Jeles aku sbb takde laki, boyfren or tunang nak bagi aku iPhone 5 hahahahaha.

*sentap dengan jawapan org kaunter Tabung Haji pasal mahram nak pegi haji masa deposit duit Jumaat lepas. Nak bagi jawapan tgklah org camner. big size ke small size ke. Kecik hati aku. Aku bukan tak nak kahwin dah org tak nak aku nak wat camner. Jadi kena lah tunggu umur aku 45 tahun or abg2 aku nak pegi haji untuk cari mahram yang sah. Ginilah nasib org takde laki! nasib baik Allah dah jemput aku pegi ke rumah-Nya 2 dua tahun lepas, Alhamdulilah! kalau umur tak panjang takde lah terkilan sgt kan??? huhuhu.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih