Catatan Perjalanan - Sabah Part 8 (Final): Perjalanan pulang ke Kota Kinabalu, Sky Deck Kota Kinabalu & Balik JB

Sambungan daripada Catatan Perjalanan - Sabah Part 7: Mata Air Panas Poring & Hotel Perkasa

nak balik Kota Kinabalu dah

Alahai payahnya nak selesaikan part yang last nih. Memang takde idea nak taip cerita part last nih. Tahun 2013 nih rasanya tahun malas aku kot. Semuanya malas. Tak baik malas2. Dah lah lagi 5 bulan nak jumpa doktor. Takut2 kalau terlebih malas, kena bebel cukup2 ngan nurse2 n doktor2 kat spital huhuhu. Ok sambung cerita. Lepas jer kuar dari Hotel Perkasa, matahari pun dah nak melabuhkan tirainya. N orang pun ramai yang balik menghala ke Kota Kinabalu. Tapi sebelum balik tuh, driver tuh berhenti kat satu spot nak tgk matahari terbenam. Fuhh mmg cantik. cantiks sesangat alam ciptaan Allah nih.

ayip macam nak terbang je

Lepas amik gambar semer kitaorg pun meneruskan perjalanan balik ke Kota Kinabalu. Hari pun semakin gelap. Memang gelap sesangat. Mengenangkan jalan2 yang lalu masa siang tadi memang mengerikan. Memang terbayang-bayanglah masa nak turun balik ke Kota Kinabalu. Fuhh masa tuh mmg bibir tak lekang terkumat kamit baca apa2 yang patut. Serious mmg agak mengerikan ler perjalanan balik tuh sebab gelap gelita n jalan pun tepi2 tuh gaung kan. Bila sampai kat Tamparuli tuh mmg lega sangat-sangat lah sebab jalan dah tak mengerikan. 

Bandar K.K.

Masa dah sampai kat bandar K.K nih mmg dah letih sangat2 lah. Mmg tak sabar nak balik hotel. Badan pun dah 'wangi' sesangat. Tapi boleh plak driver tuh melencong pegi kat Sky Deck nih. Jauh2 datang dari semenanjung kan, rugi kalau tak pegi, so layankan jer. Amik gambar kat sini. Kebetulan masa pegi tuh ada 2 org pompuan seksi dok borak2 n gelak2 ngan sorg lelaki. Pelik plak aku tgk hehehe. So dalam 10 minit pun kitaorg blah balik menuju ke hotel.

nampak tak?
bandar k.k dari sky deck.

Lepas sampai hotel jer tgk jam baru pukul 7.30 malam. Lah malam masih muda lagi. Igt dah pukul 10 mlm ke apa sebab dah gelap semacam je kan. Akak aku n kawan2 dia nak pegi makan seafood kat tempat makan seafood yang pemes kat K.K nih. Tapi aku amik keputusan malas nak keluar sbb dah terlalu penat, so aku mintak akak aku tapau kan utk aku. N aku dengan suka relanya jaga anak saudara aku kat bilik. Budak tuh mmg dah kepenatan, tak sampai stgh jam mak dia kuar, budak tuh terus belayar dengan aku sekali wakaka. Dalam pukul berapa tah akak aku balik bawak makanan yang dia tapau. Mak aiii macam2 plak tuh ada sotong bakar, ikan bakar, udang masak apa, ada lala. N semua tuh tak sampai RM50.00 memang murah sesangat. Igt kalau makan kat JB tuh dpt ke harga tuh.

esoknya cari mutiara!

Bila dah sampai Sabah nih mmg tak sah kalau tak cari mutiara kan? so esoknya sambil2 nak tunggu check out tuh kitaorg cari ler barang mutiara. Nasib baik driver smlm suggestkan kedai nih. Rupanya kedai nih mmg terkenal kat Sabah bah! Perghhh boleh rambang mata pegi kedai nih weyyy. Ratus2 gak terbang duit aku kat kedai nih. Tetiba terasa nak beli rantai mutiara yang panjang gila tuh siap kena belit2 hahahaha.

menunggu orang

Mula2 tuh macam tak jumpa kedai nih. Bila dah jumpa tutup pulak n bukak dalam pukul 9.30 gitu. Bila dah bukak apa lagi serbuu. Kira boleh tahan lah harga n kualiti barang kat sini. Kat tingkat atas pulak jual barang souvenir macam kat Pekan Nabalu haritu. Rupa-rupanya kat situ lagi murah. Pulak tuh macam2 ada. ekekeke igt kat Nabalu tuh murah rupanya kat K.K lagi murah. Lepas dah beli apa yang patut kitaorg balik hotel antar barang n aku lepak jer kat hotel. Tapi akak aku n kawan2 dia keluar meronda.

nak balik dahhh

Dalam pukul 3 gitu kitaorg check out. Actually check out pukul 12 tapi kitaorg check out lambat sbb flight pukul 5.30 ptg. So kena bayar lebih sikit sbb check out lambat. Untuk pengangkutan utk pergi ke Airport, kitaorg gunakan teksi masa sampai airport nak ke hotel. Kitaorg amik nombor telefon dia. Nasib baik dia nak hantar ke Airport.

kat langit Johor nih

Nasib baik masa aku pegi n balik nih flight Air Asia tak delay kira on time lah. Ini adalah kali pertama aku naik Air Asia. Agak selesa lah utk flight 2 jam nih. Tapi kalau flight mcm nih masa pegi Istanbul haritu mmg boleh pengsan ekekeke. Cuma kat Air Asia nih diorg tak tegur kalau guna hp masa dalam flight. Tapi masa aku naik Turkish Airlines dulu jgn harap. Aku pernah kena marah sbb guna hp kat dalam flight semata2 nak abiskan kredit arab aku masa flight nak take off masa kat airport Jeddah hahah. Pastu lagi satu steward n stewardess turkish airlines mesti pastikan yg kitaorg pakai tali pinggang betul. Siap cek satu2 lagi tuh. Tapi flight yg aku naik masa pegi n balik dari Sabah, nan ado ya heheheeh.

Pernah naik MAS tapi 12 tahun yang lepas. Best jugak. Nak pegi lawat abg aku naik MAS tapi org lain semua nak naik AIR ASIA. Camano tuhhh??? 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih