Resepi: Sotong Goreng Telur Masin

Makan kat restoran mahal. Buat sendiri murah plus puas hati!

Bahan-bahan
4-5 ekor sotong
3-4 biji telur masin (direbus dan ambik kuningnya sahaja)
Bawang putih di cincang
Daun kari
Majerin
Sedikit susu cair
Garam

Cara membuatnya
Sotong dibersihkan dan dibuang kulitnya. Potong sotong ikut kesukaan masing-masing. Toskan sotong dan tekap dengan tisu dapur supaya sotong kering. 

Rebus telur masin dan amik kuningnya sahaja. Yang putih boleh diambik untuk gantikan garam. Kuning telur masin n sedikit putih telur masin (kalau nak gantikan garam) dicincang sampai halus. 

Goreng sotong dahulu dengan tepung. Aku goreng sotong dengan tepung naik sendiri (tepung buat kek) untuk dapat kerangupan. Caranya celup dengan telur sotong tuh n balut golek2kan dalam tepung naik sendiri tuh n goreng. Sebelum tuh seasoning lah sikit sotong tuh dengan garam. 

Lepas semuanya siap, panaskan majerin dan tumis dengan bawang putih n daun kari, lepas dah naik bau masukkan susu cair, masak sampai pekat n masukkan telur masin yang telah dicincang halus. Lepas tuh boleh lah masukan sotong n gaul sampai rata n siap!

Kalau nak gantikan sotong dengan ketam or udang pun boleh.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih