Good Luck!

Dulu masa lepas SPM rasa macam kagum jer kalau ada kawan-kawan yang belajar nak amik lesen kereta. Aku bukan orang senang kan so memang tumpang gembira jer lah kat kawan-kawan aku yang dah ada lesen. Aku start belajar utk amik lesen kereta pun masa umur aku 24 tahun. Kira cam lambat kan? Masa tuh aku dah setahun kerja lepas grad. Actually mak aku dah offer nak bayarkan masa aku tengah tanam anggur tuh. Tapi masa tuh rasa macam malas plus ngan takut hihihihi.

Tapi sebenarnya aku takmo guna duit mak aku. Dah besar n dah kerja kan so cari lah duit sendiri. Lagipun rumah aku ngan tempat kerja dekat sangat tak bawak kereta pun takpe boleh jalan kaki or akak/abg aku leh hantarkan hihihi. Tapi bila rumah yang aku duduk tuh nak kena ambik ngan pemaju firaun yang penipu tuh so terpaksalah family aku pindah kat umah abg aku nun disempadan jb-pontian. 

Oleh kerana rumah yang bakal pindah jauh daripada tempat kerja so dengan sukarelanya aku mendaftarkan diri aku di sekolah memandu. Masa tuh nak belajar memandu harganya RM750. Sekarang tak tau lah mesti lagi mahal kan. Gaji aku plak kecik so aku buat part by part lah. Bulan nih amik 1 hari course, test komputer, 1 hari course lagi kiranya sampai dapat L lah. Lepas tuh tidur sebulan sampai aku dapat gaji baru bayar utk belajar memandu plak. Aku mmg 0 experience memandu nih. Tak pernah drive kereta. Aku habiskan dalam masa 2 minggu siap byr extra 2 jam untuk 3 kali kelas sebelum aku amik test. Mula-mula takut gak sebab aku baru 2 minggu belajar walaupun aku dah abiskan semua jam yang diperuntukkan untuk belajar plus 6 jam extra lagi. Tapi macam nak sahut cabaran pengajar tuh kan. 

Alhamdulilah aku lepas semua test jpj. Kira amik sekali jer lah. Ada orang yang sama2 ngan aku amik test semua tak lepas. Lepas test korg tau apa pengajar tuh ckp dia memang tak konfiden ngan aku boleh pass. Dia ingat orang yang ngan sama2 test ngan aku yg lepas. Kalau ko tak konfiden nape ko masukkan nama aku dalam list test. Cesss macam nak kenakan aku je. Nasib baik Allah bersama dengan orang yang jujur. Berkat bulan puasa lagi.

Kereta pertama lepas 2 bulan dapat lesen. Kecik-kecik cili padi tau. Banyak berjasa nih!

Eh lupa plak sebenarnya tujuan entry nih adalah nak ucapkan Good Luck kat anak saudara aku. Esok amik test JPJ ek? Amik test elok-elok ek. Minggu depan dengar-dengarnya SPM plak kuar ek? ekekekekek

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih