Online Shopping lagi!

Dapat hadiah.

Hadiah kat diri sendiri hahaha. Kalau dah sekali cuba beli memang tangan nih gatal jer nak taip no kad kredit kat tempat kosong masa jenguk2 barang online nih kan. Walaupun kad kredit aku memang dah tahap kronik dah ekekek ada lagi hajat nak beli kat Reebonz nih. Online shopping kat Reebonz nih sangat lah mengujakan tau. Lagipun aku beli barang keperluan (keperluan lah sangat ye!) dah lama tak tukar purse aku yang dah uzur tuh. 7 tahun tau aku pakai purse Renoma yang aku beli dengan harga RM200.00 tuh. Ko mampu pakai purse yang sama sampai 7 tahun ekekeke. Kiranya bajet aku untuk beli purse selama 7 tahun adalah RM29.00 aje. Berbaloi2 ekekek. Samalah ngan jam tangan. aku beli dengan harga RM300 tapi aku pakai sampai nak dekat 13 tahun n tak pernah beli jam baru. Cer kira dah berapa aku jimat hihihi.

Jangan salah sangka. Kadang-kadang orang beli barang yang mahal-mahal bukan nak menunjuk ke apa. Tapi ada orang yang mementingkan kualiti. Nak pakai lama lah katakan. Macam aku. Aku bukan jenis suka beli sesuatu tuh saja-saja jer mcm nak wat koleksi gitu. Aku kalau beli mcm purse nih memang pakai sampai lunyai ye.


Dah lama ngidam nak pakai Michael Kors 

Lagi satu, dah janji kat diri sendiri jangan bukak website Reebonz nih sampai kredit kad aku jadi zero kredit. Dah tahap kronik dah nih. Skrang isi minyak pun dah pakai cash, servis kereta pun dah pakai cash segala apa semua cash jer lah. Kalau ada duit baru beli. Kalau takde duit duduk diam2 jer lah. Bahaya betul kan kredit kad nih. Tah beli apa pun aku tak nampak. 

Eh buat2 lupa plak. Bukan time dulu2 gila2 beli kain kat Jakel plus bayar kat tempat nak kuruskan badan ke? huhuhuhu

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih