Handphone ooo Handphone

Masih pasal Handphone lagi, nak cerita handphone yang aku pernah guna sepanjang hidup aku.


1. Siemens C25 (2000)
Beli sendiri guna duit PTPTN hihihi. Beli yang second hand jer RM200++ kot tak silap aku. Bangga gila time ni pakai handphone ni nak2 masa naik bas 338/222 dari Bus Stand Klang ke Shah Alam. Semua orang pandang bila handphone bunyi. Rasa macam vangang jer sekarang nih hahahah.


2. Ericsson T18 (2001)
Akak aku yang bagi dengan nombor sekali. Actually dia tak pakai handphone nih sebab ada handphone baru, so bagi kat aku. Feeling bisneswoman time nih sebab ada 2 handphone. Tapi abih duit PTPTN aku beli top-up jer.


3. Nokia 3315 (2002)
Beli sendiri lepas trade in handphone Siemens C25 tuh. Ingat lagi aku beli bulan September 2002. Masa tuh baru dapat first gaji. RM380 + RM60 trade in handphone Siemens C25 tuh. Rasa best gila time tuh sebab masa tuh Nokia sangat2 lah popular macam Apple & Samsung sekarang nih. Pastu masa tuh sibuk dok cari ringtone handphone nih kat internet. Yelah ringtone hp nih kena key in kod2 nya hihihi


4. Nokia 7610 (2006)
Masa tuh handphone ada kamera ngan ringtone lagu sebenar tengah popular. Aku pun teringin nak beli jugak  sebab dah malas nak key in kod ringtone kat 3315. Tapi fulus tak berapa nak cukup. Sekali dapat bonus plak kan tahun tuh so masa tuh memang merata cari handphone nih. Last-last jumpa kat Kotaraya JB. RM1000 ngam2. 
(masa zaman 2003-2006 ini tengah popular handphone yang ada ringtone polyphonic)


5. Nokia N73 - Music Edition (2008) 
Handphone yang ini aku beli secara kebetulan jer. Kebetulannya time tuh aku tengah frust menonggeng. So konon nak buang kenangan ngan handphone Nokia 7610 tuh aku pegi lah beli N73 nih. Masa tuh kelakar sebab aku jalan sorang2 kat Jusco Tebrau konon nak tenangkan hati kan (rasa macam poyo jer bila igt balik wakakakaka) sekali terus macam terasa nak tukar handphone. Tak bawak cash nasib baik kad kredit ada. RM1300 harga time tuh. Masa tuh memang Nokia N series tengah popular sangat. So bila dapat N series nih rasa macam bangga gila hahahah. Lagi satu handphone nih boleh guna GPRS. So masa tuh pengalaman pertama boleh online guna handphone. Cuma slow gila lah kan pakai GPRS.


6. Nokia N8 - 2010
Aku beli handphone nih sebab terpikat ngan designnya, pastu cameranya 12 megapixel n lagi satu boleh connect 3G & Wifi. Lagipun masa tuh N73 aku tuh dah mula buat hal. Bateri problem. Aku nih dari beli bateri baru baik beli handphone baru hahahaha. Masa baru keluar tuh aku hari2 dok amik bunga petik satu2 kelopak bunga tuh, nak beli ke tak nak?, nak beli ke tak nak? Akhirnya aku beli penghujung 2010 ngan harga RM1500 kat Nokia Jusco Tebrau (ada lagi ke kedai tuh ek?). Masa tuh iPhone & Galaxy tuh dah mula popular. Tapi sebagai peminat tegar Nokia kita mesti setia kan?. Punyanya sayang ngan handphone nih sampai aku gi Umrah pun tak bawak handphone nih. Bawak handphone N73 tuh. Yang best about this handphone ialah gambar memang superb sebab 12 megapixel kan. Tapi ujung-ujung bila aku decide nak beli iPhone dia dah buat hal plak. Asyik hang jer. Yang paling aku menyampah ngan Nokia nih software dia mesti buat memori asyik full jer. Padahal dah delete semer tapi tetap full. Sama ngan N73 gak. So aku give up n beralih arah kepada smartphone kat bawah nih.


7. iPhone 5 (2013)
Gigih aku kerja keras nak dapat handphone nih ekekekek (gigih lah sgt). Tak boleh jadi kan orang semer pakai tak iPhone or Samsung. So aku decide nak beli satu smartphone antara 2 brand tuh. Tapi oleh kerana aku beli iPad dulu masa awal 2012 so aku decide utk beli iPhone sebagai pengganti Nokia N8 aku tuh. First aku terpikat ngan kesimplean iPhone nih. Tak susah nak belajar kalau kita nih tak pernah guna iPhone. Satu lagi yang aku suka handphone nih memang pantas bila bukak apa2 apps or gambar ke apa2 ke. Lama betul tunggu iPhone 5 nih betul2 official keluar kat Malaysia. Akhir tahun 2012 kot baru keluar. Aku siap bagi duit deposit booking handphone nih. seminggu lebih gak baru dapat handphone nih. Aku amik pakej ngan Maxis sebab aku rasa tuh lah yang paling murah. RM50 dapat 1GB mobile internet, 200 masa bercakap kepada mana2 telco & 100 sms kepada mana2 telco. Tapi kena bayar harga telefon tuh macam penuh. RM2300 terbang duit aku hihihi. Memandangkan aku memang pakai prepaid Hotlink. So lepas clear hutang kat Celcom baru boleh convert prepaid tuh kepada postpaid.


So itu sahaja lah yer. Tak tau ler bila nak tukar lagi. Tunggu iPhone 6 kot??

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih