Mati itu pasti...

Beberapa hari yang lalu kawan masa aku study kat ITM Shah Alam telah pergi menghadap ilahi.
Allahyarhamah sebaya dengan aku pertengahan 30-an, n ada anak seorang.
1 kelas daripada Part 2 sampailah ke Part 6.
Khabar sedih tuh betul-betul mengejutkan kitaorg sekelas terutamanya.
Kitaorang dapat tahu melalui jiran arwah yang prihatin, bagitahu melalui Facebook.
Dari apa yang diberitahu oleh jiran arwah, dia dah lama sakit diabetes kronik.

Masuk nih dah dua orang rakan sekelas aku telah menghadap ilahi. 
Sorang lagi meninggal dunia beberapa tahun lepas kitaorg grad akibat leukemia.
Arwah selalu lepak rumah sewa aku masa belajar dulu. Datang bawak motor.

Semoga roh Allahyarhamah2 dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang beriman. Al-Fatihah

Kadang-kadang buat aku terfikir.
Kalau arwah ada jiran yang bagitau kawan-kawan arwah, camner kalau aku?
Hp aku ada passcode. 10 kali cuba salah code automatik semua data dalam hp aku di delete.
iPad aku pun ada passcode walaupun passcode tu family aku tahu tapi takde apa2 kat situ. Facebook memang sentiasa log out.
Kalau 2-3 minggu aku diam jer tak berkata-kata di Facebook, Instagram or Whatapps tanya-tanyalah mana-mana list dalam family aku kat Facebook ek..

Memori Level 13 Menara ITM

Comments

  1. Kenapa buat setting passcode sampai begitu sekali?

    ReplyDelete
  2. Handphone saya tuh ibarat diari bergerak saya. Macam2 maklumat ada kat situ n bahaya kalau hilang. Sebab tuh saya setting passcode mcm tuh

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih