Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...

Pagi tadi lepas sampai opis macam biasa aku tak masuk opis dulu.
Duduk dalam kereta sambil tengok Facebook ngan Instagram.
Malam smlm tak sempat tengok Facebook or Instagram.
Sebab lalok makan pil selsema.

Bila scroll down Facebook tuh aku ternampak lah satu post 
dari kawan satu batch masa kat UiTM dulu.
Dia ucap takziah pada sorg kawan dalam satu batch kitaorang juga.
Rupanya tunang dia meninggal dunia.
Sedihnya bila baca post dia bagitau tunang dia meninggal.
Pulak tuh rasanya dia dah nak nikah tak silap aku.
Hujung tahun ni or awal tahun depan
(sebab pernah baca post2 dia kat Facebook)

Sedihnyaaa. Tak tau lah kalau jadi kat aku.
Aku ada kawan yang senasib macam tuh.
Sorang nih dah bercinta bertahun-tahun (10 tahun tak silap aku)
Bila tinggal berapa minggu nak kahwin jer, tunang dia accident, meninggal dunia.
Sekarang dia merantau kat luar negara sebab nak lupakan pengalaman sadis dia.

Sorang lagi pun sama, tuanng meninggal sebab accident.
Lepas tuh dia kahwin ngan orang lain tapi isteri dia meninggal gak.
Tapi akhirnya dia pun dah meninggal juga sebab sakit kanser.
Sadis sangat kisah dia, rasa cam nak mengalir air mata jer bila teringat kisah dia.
Boleh buat drama kisah arwah kawan aku nih.

Tuhlah kadang-kadang kita tak tau apa perancangan Allah untuk kita.
Semua yang berlaku ada hikmahnya.
Harap-harap kawan satu batch aku tuh bersabar lah menghadapi ujian Allah.
Semoga tabah menghadapi hari-hari yang mendatang...

Al-Fatihah.

6ixth Sense - Bukan Milik Kita

(first time dengar lagu nih kat ERA betul-betul kat lirik 'semua yang hidup pastikan mati' tetiba lalu van jenazah tengah bawak jenazah. Subahanallah)

Comments

  1. Sedihnye baca bab2 meninggal ni.. Huwaaaa...

    ReplyDelete
  2. Sy mengalami benda yg sama. Apapon yg berlaku hidup tetap perlu dteruskan. Perlu bangkit & kuat kerana Allah. Setiap perancangan Allah punya hikmah tsembunyi. Walau sakit tetap perlu bersangka baik dgn Allah. InshaaAllah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes betul tuh. Semoga awak sentiasa tabah atas apa jua perkara yang awak hadapi.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih