Catatan Perjalanan: Makassar Part 2

Sambungan dari Makassar Part 1

Sekitar kawasan rumah tamu dan rumah pelajar universiti

Kat Makassar nih waktunya sama macam kat Malaysia takde perbezaan waktu cuma time subuhnya tuh dalam pukul 4.30 pagi. Pukul 6.00 pagi tuh dah terang benderang macam pukul 8 pagi ye. So memang tiap-tiap pagi masa kat Makassar nih aku bangun awal sebab tengok hari dah siang macam pukul 8 pagi. Hari pertama, kat Makassar nih kitaorang plan nak pegi Trans Studio Makassar dan jalan-jalan sekitar kota Makassar. Sebelum tuh anak saudara aku kena pegi hospital dulu sebab ada hal. Hospital universiti tempat anak saudara aku belajar nih moden betul n besar. Beberapa department hospital tuh berada di building yang berlainan. So kira tak risau ler kalau antar anak belajar kat universiti ni. Sebab terjamin pembelajarannya.

Anak-anak saudara aku

Jalan-jalan kat Makassar nih kena sewa kenderaan dengan supirnya sekali. Ratenya agak mahal berbanding kat Bandung dulu. Kota Makassar nih sesak betul. Kalau kena bawak kereta kat situ memang aku surrender lah. Orang pernah ckp takut nak bawak kereta kat JB or Penang sebab banyak motor n takde lane untuk motor. Tapi atleast yang bawak motor kat JB takdelah macam kat sini. Takut tengok. Anak saudara aku pun dah terer cilok2 masa bawak motor kat situ. Line jalan ada 2 tapi dah jadi sampai 3-4. Cuma kat sini yang kagum tengok mutual understanding antara penunggang motor n driver kereta. Kalau kat JB jangan harap kompem dah naik jari tengah ekekkekeke.

Pak supir untuk hari pertama

Masjid Terapung kat Makassar

Perjalanan daripada kawasan kampus universiti ke Pusat Bandar Makassar nih amik masa dalam 30 minit. Sepanjang perjalanan tuh ada beberapa tempat-tempat menarik. Kat sini memang banyak Masjid dan masjid2nya semua binaan2nya sangat mengagumkan. Ada satu masjid kat tengah bandar memang lawa gila pastu besar bebetul kat tengah2 bandar. Tapi tak sempat nak amik gambar.

Sambung ke part 3 lah ek hehehehe

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih