Catatan Perjalanan: Makassar Part 7 (Last Part)

Sambungan daripada Makassar Part 6

Licin ko!

Lepas jer solat Maghrib pegi makan malam plak. Kat Restoran Dinar juga tapi branch lain namanya New Dinar. Kira restoran nih baru ler. Pegi restoran yang sama sebab nak makan ikan goreng tepung diorg yang marbeles cecah ngan sos yang excellent tuh. Adehh kecur bila ingat balik. Tapi time nih tak amik macam semalamnya. Cuma amik ikan 2 (dua2 goreng tepung), sotong, sayur & kupang masak apa tah. Memang tengah kelaparan jadinya memang licin lah pinggan2 semua. Masa nih dok teka-teka berapa ler bill kena kan. Sekali bil cuma RM90++ duit kita. Memang murah lah.

Kalau kat Malaysia panggi karipap kalau kat sana
cer teka panggil nama apa? hehehe

Sebelum balik rumah tamu tuh singgah gerai kejap beli kuih kat atas nih. Nama kuih nih sgtlah censored k. Kalau kat Malaysia panggil karipap kat sana panggil 'Jalangkote'. Terkejut badak gak bila aku baca nama kuih nih ekekekkee. Dari segi rupa memang sama macam karipap kat Malaysia tapi dari segi intinya lain ye. Intinya ada ubi, sayur-sayur, sooun ngan telur makan cecah ngan sos macam sos cili cair gitu. Tak dinafikan sedap jugak Jalangkote nih.

4 orang punya belanja

Balik jer rumah tamu, terus pening kepala camner nak kemas barang. Actually aku ada sedikit masalah pasal flight balik nih. Ikut jadual flight dari Makassar sampai LCCT 8.40 malam. Aku cuma ada 1/2 jam jer untuk drop bag kat kaunter check-in untuk flight balik ke JB n flight aku dari  LCCT ke JB ikut jadual pukul 9.55 mlm. Oleh kerana aku perlu balik gak malam tuh sebab esoknya aku n akak aku dah kerja. Tapi actually aku ada beli tiket stanby untuk flight pagi (nasib baik beli time sale) kalau flight nih tertinggal. So pikir punya pikir barang-barang aku n akak aku kitaorang bawak jer naik flight n anak-anak saudara aku kita dropkan bag. Lagipun diaorg takde flight nak kejar.

Kat airport

Flight balik dijadualkan pukul 5.30 petang. So awal2 kitaorang dah sampai airport. Airport Makassar nih agak moden dan baru. Pastu agak strict jugak. Bag aku nak bawak naik flight terlebih 1kg nasib baik diorg lepaskan cuma bagi peringatan lain kali jgn bawak lebih. Lain kali takde lah yer aku kesini. Sebelum tuh adik-beradik tuh (anak-anak saudara aku) dah meleleh airmata nangis sebab berpisah ngan adik/akak diorg (padahal raya baru jer jumpa sbb adik/akak diaorg nih balik). Yelah next year jer baru adik/akak diaorg balik for good. Makcik mu paham perasaan korg huhuhu.

Cantik gak airport diorg nih

Tunggu punya tunggu tak sampai2 gak flight dari Malaysia. Masa pegi haritu dari Malaysia dah delay, mesti sampai lambat. Memang lambat pun pukul 6.00 kot baru terbang. Masa tuh memang kecewa sgt sebab dah sah-sah aku terlepas flight ke JB. So masa tuh memang pasrah jerlah.

nasib baik budak nih budak baik tak banyak kerenah dalam flight

Flight nih actually yang paling seram ler aku naik. Huhuhu. Masa aku gi Istanbul, 12 jam perjalanan lalu Teluk Benggala takdelah rasa macam naik rollercoster tapi yang ini hihihihi berderau gak ler darah aku kejap. Cuaca tak berapa elok so ada certain2 time tuh macam naik roller coaster kanak-kanak hihihihi.
Bab makanan plak aku dah pre-order dari masa booking ticket lagi. Murah sikit. Memang kena beli sebab nanti si Mat Ayip tuh buat perangai nak memacam bila troli tuh lalu.

hasil nak abiskan duit rupiah

Mendarat jer kat LCCT dah pukul 9.10 malam. Masa tuh memang kecewa sangat. Memang tak sempat dah. Tapi kitaorang cuba jerlah kan. Mana tau flight je JB delay. Anak-anak saudara aku bawak bag aku yang berat tuh belari pegi arrival hall. Korag pun tau kan LCCT tuh camner. Jauh gila tawaf satu bangunan LCCT. Aku memang dah tak larat sangat tapi tak larat2 tuh laju gak aku jalan. Tepat 9.30 kitaorg dah selesai ngan imigresen n kastam. Berlari lagi pegi departure hall untuk domestik. Masa tuh dah pukul 9.40 (flight aku jadual pukul 9.55 malam) sekali tengok kat board, gate dah closed. Kecewanya. Sekali adalah sorg staff airasia nih nampak kitaraong n tanya kenapa. So dia call lah org kat dalam n tanya. Alhamdulilah, sempat lagi. Masuk jer tengok orang masih beratur lagi nak keluar pintu gate. Phewwwww berbaloi aku lari malam tuh kejar flight balik JB nih. Pukul 10.30 malam sampailah kitaorang kat Lapangan Terbang Antarabangsa Senai. Tercapai gak aku nak balik malam tuh jugak. Rindu weyy ngan bantal kat umah.

Selesai sudah edisi Catatan Perjalanan aku ke Makassar. Lepas nih trip naik AirAsiaX plak hehehe. Tak sabarnya! Destinasi mana tuh nanti aku kasi tau. Yang penting memang kena beli baju tebal sikit sebab time tuh baru nak masuk musim bunga. Sejukkkk lagi time tuh.

Jeles ngan akak aku n Mat Ayip sebab diaorg sekarang kat Vietnam. Berjalan jer kamu ek Mat Ayip! Tahun nih jer dah 4 negara kamu pergi! so jealous!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih