Catatan Perjalanan: Makassar, Part 1


Heeee trip nih masa bulan 9 haritu. Oleh kerana aku memang banyak post-post yang tertunggak maka post trip aku ke Makassar nih giliranya jatuh pada bulan Disember. 3 bulan tuh berlalu.

Trip ke Makassar, Indonesia nih actually telah dirancang semenjak anak saudara aku berkelana ke sana atas tuntutan ilmu. Kengkawan aku ada gak tanya apa istimewanya Makassar nih sebabnya memang jarang kan orang Malaysia nak pegi sini kecuali melawat saudara-mara. Well sama lah macam aku melawat anak saudara aku yang belajar medic kat sana. 


Lepas Subuh, 13/9/2013 aku, akak aku & ayip cecepat bertolak ke Senai Internationl Airport sebab flight ke Kuala Lumpur pukul 7.15 pagi. Ramai juga ek kat airport senai nih. Beratur kemain panjang nak masuk departure hall. Tepat jam 7.15 pagi kapal naik dan sampai kat LCCT jam 8.00 pagi. Tapi memang boring sikit sebab flight ke Makassar plak pukul 1.45 tghari. So aku, akak aku & ayip melepak kat Marrybrown dari pukul 8.00 pagi sampai lah 11.30 pagi menunggu dua orang lagi anak saudara aku sampai dari Shah Alam. Anak2 saudara aku nih adalah akak n adik kepada anak saudara aku yang belajar kat Makassar tuh. Kiranya diorg ikut sama ler. 

Minggu tuh plak long weekend sebab hari isninnya tuh hari Malaysia, so memang penuh betul lah LCCT haritu. Ramai orang g bercuti. Flight pun banyak delay. Flight aku pun delay sampai pukul 2.30 baru takeoff. Sampai jer kat Makassar dah pukul 5.30 petang n hari dah mula gelap nak Maghrib. Imigrasinya sangat leceh plak beza masa pegi Bandung haritu. Masa nak cop passport dia mintak tengok tiket balik. Keluar jer lepas amik bag nampak anak saudara aku n kawan dia dah tunggu kitaorg. So berpeluk-peluklah adik beradik tuh jumpa akak n adik diaorg.

Masa kat Makassar nih kitaorg tak duduk kat hotel, tapi duduk kat rumah tamu kat universiti anak saudara aku tuh. Anak saudara aku nih tgh final year. Insha Allah next year balik Malaysia for good. 


Sampai jer rumah tamu tuh, buat apa yang patut n siap-siap nak pegi dinner pertama aku kat Makassar. Anak saudara aku bawak pegi makan Ayam Penyet Ria. Ekekeekek actually Restoran Ayam Penyet nih pun ada kat Malaysia. Kalau kat JB nih kat Angsana ada. Tapi maybe rasanya lain kot sebab kat tempat orginal katakan.

Ayip ngan 'Soda Gembira' 

Kota Makassar nih memang sangat bizi tak kira lah siang dan malam. Tempat-tempat makannya pun memang penuh ngan orang. So kiranya keadaan sosio ekonomi penduduk Makassar nih beza ngan kota-kota Indonesia yang lain.

Iwak Leleh. Sedap gila ok!

Ayam Penyet Bakar pun sedap gak

Ayam Penyet biasa aku punya. Sedap gila ok.

Oleh kerana Restoran ni dekat ngan Universiti yang anak saudara aku belajar, so memang ramai ngan student jerlah ye. So far bab makanan memang takde masalah n agak murah. Sambal belacan kat restoran nih memang aku tak sentuh langsung. Pedas gila! aku plak bukan pemakan pedas yang tegar so memang tak boleh masuk ler sambal belacan tuh. Rasa macam nak terbakar mulut ekekekek.

Lepas makan balik semula ke Rumah Tamu, ngantuk gila time tuh. n cerita aku kat Makassar nih stop sini dulu ek. Ngantuk gak nih hehehe. Sambung nanti Makassar, Part 2.

Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat