Catatan Perjalanan: Makassar Part 6

Sambungan daripada Makassar Part 5

Coto Makassar

Hari kedua di Makassar. Hari Ahad. So jalan tak berapa nak sesak kat kota Makassar nih. Masa aku pegi nih nak musim haji so ada beberapa tempat tuh sesak sikit sebab orang hantar pegi haji. Hari kedua kat Makssar nih kitaorang plan nak bershopping. Lupa nak cerita pasal breakfast. Kitaorang breakfast kat rumah tamu jer. Lupa plak nak amik gambar breakfast kitaorang. Kalau pasal breakfast rasanya Malaysia lagi meriah kot ngan pilihan makanan. Kalau kat sini pilihan tak banyak. Yang famous tuh Nasi Kuning ada lauk maggi goreng, telur rebus dan macam tempe goreng gitu. Sedap gak Nasi Kuning tuh. Murah dan banyak. Gambar kat atas tuh aku makan masa lunch. Coto Makassar. Kalau convert duit RM baru RM3.00 jer satu mangkuk. Coto Makassar nih macam sup daging lembu yang dimakan ngan ketupat dan diperah ngan limau nipis. Kalau ada sambal kicap lagi sodap kot. Tapi kat Makassar kan mana ada hehehe.

Sutera Makassar

Mula-mula sebelum makan kitaorang pegi satu tempat nih. Pasar apa tah namanya jual macam-macam barang keperluan. Sekejap jer kat situ sebab orang-orang kat pasar tuh tak mesra alam. Sombong giler ko! tak macam pegi Bandung rasa macam dialu-alukan jer bila gi kedai2 kat Pasar Baru kat Bandung. Kata anak saudara aku Bandung tuh majoriti orang Jawa & Sunda. Memang jenis mesra alam. Tapi kat sini errrr orang apa tuh korg google ler sendiri ekekeke. Lepas makan baru cari sutera Makassar yang sgt popular kat sini. Kira kalau pegi sini mesti beli lah sebagai ole2. Kedai kat gambar atas tuh kedai pertama yang kitaorg pergi. Oleh kerana kedai nih satu bas serbu, so layanannya kureng ler kan. Lagi yang datang geng-geng kaya jer so kitaorg blah lah dulu cari kedai lain.

Kalu dtg Makassar sila datang kedai nih.
Orang yang paling mesra alam dan peramah kat Makassar!

Kitaorang pun pegi kedai lain tapi layanan tetap hmmmmmm ampehhh. So kalau orang layan ampeh tak payah ler terhegeh-hegeh g kedai diorang kan. Keluar pegi jalan apa tah (gambar atas). Kat sini banyak kedai-kedai jual ole-ole. Masuk Toko Riang nih, surprisingly diorg sangat mesra alam dan peramah! Bila jumpa kedai macamnih kan senang nak belanja. Tapi tak beli kain kat sini sebab harganya mahal sedikit n tak banyak choice. Aku beli ole2 lain n kacang gurih diorg. Tapi aku still rekomen kedai nih sebab layanan diorg yang sangat baik.

Akhirnya kedai nih jadi pilihan

Actually kitaorang dah survey kedai kat atas nih masa 1st day kat Makassar. Cuma nak survey kedai lain plak. Mana tau kot-kot ada yang murah kan. Tapi kitaorang find out yang kedai nih tawarkan harga yang agak murah. Mula-mula dia nih tak mesra alam sikit. Tapi bila kitaorang mula borong banyak baru lah ok. Mahal gak actually kain ni. So aku n akak aku mula berkira-kira nak bagi sapa kain-kain ni. Aku pilih dua. Masa kat Bandung haritu aku tak beli apa pun utk aku. Sedihkan?? so kali nih aku siap2 amik 2 jenis kain untuk aku hihihihi. Masa nih belakang avanza yang kitaorag sewa dah penuh dah ngan barang-barang shopping kitaorang.

Lepak tepi jalan kejap minum air kelapa

Lepas puas shopping kain kat kedai tuh, rasa teringin nak minum air kelapa yang banyak jual kat gerai-gerai tepi jalan ni. Pastu anak saudara aku ada order satu makanan macam tauhu ngan bakso digoreng n makan ngan sos. Aku sorang jer tak berani cuba hihihi. Takut perut aku meragam. Lepas dari sini kitaorang cari tempat nak solat. Last-last pegi satu Mall nih Mal Ratu Indah namanya (itu pun setelah aku belek kat Instagram tgk photo map hihihi). Tunggu kat situ sampai Maghrib.

Pukul 6.30 petang nih

Lepas jer sini tunggu supir untuk amik kitaorang bawak pegi dinner malam ketiga kat Makassar nih.

Huwarghhhh ngantuk plak. Sambung Makassar Part 7 (last part) lah ek


Comments

Popular posts from this blog

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih

Tersirat