Al-Fatihah


Haritu masa ada public holiday hari Jumaat g menziarahi kubur saudara mara yang terdekat.
Memang rutin aku setiap kali ada public holiday hari Jumaat mesti pegi ziarah kubur.
Yang jadi kemestian mestilah arwah ayah aku. Arwah ayah aku dikebumikan kat Tanah Pekuburan Mahmoodiah Johor Bahru. Tanah Perkuburan tuh antara yang tertua kat JB nih. Kubur tuh pun dah nak penuh n hanya penduduk berdekatan jer dikebumikan kat situ.

Lepas jer ziarah kubur arwah ayah aku rasa macam nak g kubur arwah makcik aku yang baru meninggal hari raya yang kelima tahun lepas. Actually aku tak perasan yang birthday makcik aku nih sama tarikh ngan aku lepas tuh hari pun sama ngan aku. Cuma tahun of course lah lain-lain. Bila tengok batu nisan dia rasa macam terkedu sekejap. Patut lah rasa macam close jer ngan dia. Rupanya kami banyak persamaan. 

Apa-apa pun semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.
Al-Fatihah

Comments

  1. actually bagus jugak cuti hari jumaat ni ye. dapatlah pergi ziarah kubur. kalau nak harapkan hari sabtu ahad, entah pergi atau tak, kan. sebab selalunya ari sabtu ahad penuh dengan macam2 aktiviti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tuhlah tapi leceh kalau cuti tak sama ngan ahli keluarga yang lain. macam saya, company amik cuti sabtu n ahad.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih