Bawak bekal

Duit sekarang macam air jer kan.
Kalau g kedai tak habis RM50 memang tak sah.
Beli ikan, ayam, sayur n beberapa barang keperluan nak dekat RM50 terbang.
Tuh belum gi hypermarket lagi, kompem RM200-RM300 terbang.
Kalau g Pasar Tani plak mesti RM150 melayang-layang.
Barang semua naik.
Sejak BR1M ni dpt tetiba tanpa segan silu harga naik barang seposen dua (seposen dua lah sangat!)
Aku yang takde kena mengena ngan BR1M nih pun kena tempias.
Haritu gi Pasar Tani, beli ikan pari 2 potong (sederhana), ikan kembong 3 ekor & ikan caru 5 ekor kena RM30. Oklah kot since aku beli ikan pari kan mahal.
Kadang-kadang nak dekat RM50 gak kalau aku beli ikan tenggiri n ikan mayong.
Tekak aku plak gatal nak makan ikan yang besar2.
Tapi ikan kecik-kecik pun mahal. Ikan Keembong pun RM12 sekilo.

Tuh belum masuk belanja makan tengahari kat opis.
Kalau lunch memang RM10 akan terbang hari-hari.
Plus RM5 untuk breakfast - RM3.00 utk paper n RM2.00 untuk makan (RM2 lah sgt ye?)

Oleh kerana duit dalam tabung rimau aku dah semakin susut sampai tinggal serdak2 jer so aku amik keputusan untuk bawak bekal g opis macam masa aku baru2 pindah jauh dulu.
n keputusan yang sangat tepat!
Cos 5 hari aku kerja cuma habis RM15 jer beli paper.
Dari breakfast, minum pagi n lunch semua aku bawak dari rumah.
Terlanjur belanja barang basah n sayur hari minggu kan so selit2 sikit untuk bekal aku.
Beli stgh ekor ayam boleh tahan 3 minggu cos aku selang seli ngan lauk lain.
Kekadang lauk smlm yang tak abis tuh aku bawak bekal esoknya.
Ok jer tak sakit perut pun cos perut aku tak cerewet sgt. Boleh makan lauk 2-3 hari.
Memang jimat lah.

rutin setiap hari ahad

Comments

  1. betul tu..duit sekarang ni macam air..kalau jalan rasa duit rm20-30 tu macam tak cukup ja..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu lah 1 hari lunch shj mesti RM10 habis kalau hari2 boleh bangkrap huhuhu

      Delete
  2. bawak bekal memang penyelesaian terbaik!!!

    masalahnya, takde masa pulak nak memasak. hadddoiii!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup betul tuh especially buat ibu2 yg ada anak kecil memang masa tuh tak cukup

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih