Cerita seminggu selepas jumpa doktor

my new toys
Baru jer beli benda alah nih. Huhuhu. Walaupun kat rumah dah ada satu tapi doktor suruh beli baru. Tak kasi kongsi ngan orang lain. Sebabnya dia nak cek balik data dalam tuh. Kalau kongsi kan bercampur. Payah nak tau sapa punya.

Aku memang dah start diet lepas jumpa doktor Isnin minggu lepas. Siap kena g kauseling n ceramah huhuhu. Tapi ceramah aku tak g lagi hihihi Pakar pemakanan yang bagi kauseling kat aku tuh suruh aku buat slow2 kecil kan pengambilan makanan aku. Maksudnya takdelah drastik terus tak makan nasi or terus makan 2 keping roti SAHAJA hari2. Non sense betul makan 2 keping roti hari aje!

Ada ke akak aku suruh aku amik 2 keping roti jer hari2?? untuk orang macam aku yg dah biasa makan makanan berskala besar terus drastik amik 2 keping roti SAHAJA hari memang tak menjadi. Aku pernah try diet macam tuh. Tak makan nasi, makan roti or makan protein jer even buah2an n sayur-sayuran pun tak boleh makan. Memang tak boleh sebab nanti end up ko akan macam orang dah 10 tahun tak makan nasi.

So Dietitian yang aku jumpa tuh suruh aku slow kecil kan size makanan aku. Orang macam aku tak boleh terlalu drastik. N yang paling penting Doktor dah warning aku TAK BOLEH DIET PROTEIN. So pada sesiapa yang nak mula ngan diet protein tuh sila amik nasihat dari doktor anda dulu sebelum start ngan diet protein.   

Kena cucuk kat perut. Bukan insulin.

Alhamdulilah. Setakat nih so far so good.
Aku dah boleh terima yang aku tak boleh makan macam dulu. Slow2 aku kecilkan size makanan aku n smlm aku berjaya amik 2 senduk nasi jer (syabas untuk diri sediri). Lagipun ubat kat atas nih pun membantu gak. Selain dia kasi kurangkan gula dalam darah, ubat ni membantu untuk mengurangkan berat badan. Tapi di igtkan sekali lagi, ubat ni bukan UBAT UNTUK KURUSKAN BADAN. Ubat ni adalah ubat untuk pesakit kencing manis tahap 2. Cuma antara kesanya boleh mengurangkan berat badan.

Setakat ni seminggu dah 1kg aku turun (alhamdulilah)
Cuma nak exercise, kaki aku masih berat lagi (huhuhuh)
Insha Allah dalam minggu nih aku mesti start jalan kat treadmill sekurang2 20 minit sehari.
Treadmill dah sengih2 lambai2 kat aku tuh ekekeke. 

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih