Saya janji!

Tgh seram sejuk

Lepas jer balik dari Shanghai aku ada appointment ngan Klink Pakar HSA.
Patutnya last week tapi sbb aku takde kat Malaysia kan so mintak tunda ke hari ni.
Memang aku da seram sejuk nak pegi jumpa doktor smlm.
Sebabnya masa kat Shanghai aku dok melantak kambing jer.
Orang macam aku nih mana leh melantak kambing kan. Bahaya.
Tapi aku pelik makan kambing kat Shanghai tak pening pun.

Ok, sambung cerita tadi, lepas jer cek ngan nurse sekali boleh plak semua naik.
Berat naik, gula dalam darah naik, darah tinggi naik.
Memang masak ler kena marah ngan doktor.
Yang paling terkejut gula aku boleh 10.2????
Aku belum makan lagi plak tuh. Haishhhh.
Bila kena panggil jer terus berdebar, nasib baik tak dapat doktor garang.
Lepas kena bebel2 sikit ngan doktor dia pun suruh aku turunkan semuanya 4 bulan dari sekarang.
N siap bagi ubat untuk turunkan berat badan. Suntik kat perut tuh macam insulin.
Tapi bukan insulin. Dia ckp warning lagi ckp ubat tuh antara ubat yang sangat mahal.
Beratus2 harganya so kalau 4 bulan tak turun memang tak bagi lagi n discharge terus dari klinik pakar tuh.
Fuhhh satu cabaran nih.

Oklah Doktor, saya sahut cabaran Doktor.

Saya janji, dalam masa 4 bulan nih saya akan turunkan berat badan saya seperti yang diminta iaitu 1kg sebulan.

Saya juga berjanji untuk mengurangkan kadar gula dalam darah saya kepada paras normal.

Saya juga berjanji untuk mengambil makanan-makanan yang berkhasiat sahaja.

Saya juga berjanji untuk mengawal darah tinggi saya.

Saya juga berjanji untuk mencatat tiap-tiap hari kadar gula dalam darah dan berat saya.

Saya juga berjanji mengambil ubat setiap hari tanpa gagal.

dan terakhir saya juga berjanji untuk bersenam selama 30 minit setiap hari.

Sekian terima kasih!

Comments

  1. good luck as always :)
    start taking care of urself now yea ?

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih