4th day of Ramadan

Salam semua.
Camner ngan puasa korg semua? Aku baik-baik sahaja.
Aku kalau puasa nih bab lapar n haus tuh tak rasa lah sgt. 
Tapi yang paling terasa sekali bab mata ler. Memang dok risau bab tuh jer.
Masa 1st day n 2nd day puasa aku tak kerja. Cuti public holiday.
So dua hari tuh aku bantai tidur jer. Fuhh memang best gila.
Baca paper 2 helai jer terus tertidur.
Pastu 3rd day puasa kerja, hmmm rasa macam nak amik cuti 30 hari jer.
Bawak kereta pun dah terlentok2. Lagi-lagilah time World Cup nih lagilah ngantuk cam apa.
Lepas tu ditambah ngan jalan jem alahaii. Sekarang nih dah makin teruk jem kat JB.
Cer bayangkan kalau flyover-flyover yg byk baru buat 5-6 tahun nih kat JB nih takde, mesti sesak gila kot.


Hidangan berbuka aku masa 1st day puasa haritu.
Aku kalau berbuka tak reti makan nasi berlauk.
Memang family aku kalau berbuka tak makan nasi berlauk. So anak-anak dia semua ikut.
Makan nasi time sahur jer. Kalau time buka puasa, makan mcm kat atas tu jer.
Kuey Teow soup tuh mesti ada. Takpun Mee Goreng or Bihun Goreng n kuih muih.
Tapi aku actually lebih suka makan kuih. Bila makan mee selalu 2-3 senduk plus kuih dah kenyang sampai sahur. Sampai berat pun dah turun 3 kg dalam masa 2 hari jer aku puasa.
Gila betul lah. Aku plak yang seram bila turun mcm tuh. 
Patutnya aku happy kan. Hihihi

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih