Resepi: Udang Goreng Telur Masin


Makanan fav. aku nih. Tapi dah tak boleh makan selalu dah.
Kang tinggi kolestrol aku. Lagi satu darah pun boleh naik sebab telur masin kan.
Sebelum nih aku ada share resepi Sotong Telur Masin kan?
Kali nih aku nak share resepi lain sikit. Lebih kurang sama jer cuma tak pakai susu cair.

Bahan-bahan
Udang yang sederhana besar.
Tepung Beras
Tepung Gandum
Telur untuk mecelup
2 biji telur masin
Majerin
Daun kari
lada sulah

Cara-cara
Bersihkan udang. Kopek kulit n buang kepalanya.
Perapkan udang dengan lada sulah.
Celup udang dalam telur dan salutkan dengan tepun beras n tepung gandum yang telah dicampur.
Dan goreng.
Rebus telur masin dan amik yang kuningnya.
(kalau nak amik yang putih pun boleh tapi sikit sahaja buat garam)
Panaskan kuali dan cairkan majerin n letak daun kari.
kacau majerin sampai mendidih pastu masukkan telur masin dan udang.
Siap!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih