Posts

Showing posts from August, 2014

Aku boleh!

Image
pelaburan jangka masa panjang Hahha stop kejap cerita pasal Shanghai. Nak cerita pasal 'aktiviti' aku hari ini. Actually hari ni aku ada appointment kat salah satu Klinik Pakar kat HSA or Hospital Sultanah Aminah JB. So aku cuti ler hari ni sebab nak gi check-up. Alhamdulilah result aku semua ok n semua turun. Berat turun 9 kg. Gula aku dah ok turun ke 6 dulu 12 ok. Blood pressure aku pun turun. So kali ni pergi hospital tak kena marah. Doktor pun suka jer tengok result aku. Lepas nih jumpa lagi dokor dalam masa 4 bulan. Dah rasa penat bawak lemak lebih kat badan. So kena motivate diri untuk turunkan lagi 9 kg. Yeahh 9 kg or lebih. Hello treadmill! lama tak jumpa kan?? Misi pertama cari kasut jogging dulu.

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 4

Image
Sambungan daripada Part 3 Amaran!! Entry ni banyak gambar! Menuju ke Metro Shanghai (subway system) Hari ketiga (Selasa) di Shanghai, kitaorg plan nak pegi Hangzhou yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Shanghai dengan bullet train. Harga tiketnya aku dah lupa berapa.  Tapi mahal gak ler. Nak beli tuh kena tunjuk passport or kalau org China kena tunjuk ID diorg. So pepagi buta kitaorang dah bangun masak sbb nak bawak bekal siap2 pegi Hangzhou. Katanya Hangzhou lawa sgt.  Tapi tujuan utama nak gi Hangzhou sebab nak tengok kain sutera Hangzhou yang terkenal tuh. Naik Metro Shanghai So pepagi kitaorg dah berjalan kaki dari apartment family abg aku ke subway station Shanghai. Subway station tuh kat bawah Takashimaya. Area rumah abg aku nih mcm ala2 kat bukit kiara dengan apartment2 mewahnya n shopping complex2 high endnya. Apartment sewa dia jer macam hotel siap ada concierge semer.  So orang2 kat area sini sangat fashionable ok. Terasa ker...

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 3

Image
Sambungan daripada Part 2 Korea Mall Lepas makan n berkelah kat sini kitaorg pergi plak meninjau tempat Shopping Hehehehe. Tempat kegemaran 2 ahli rombongan kitaorg. Hari pertama kat Shanghai ni, abg aku bawak pegi satu tempat Shopping namanya Korea Mall. Sebab apa dipanggil Korea Mall, kerana ramai orang Korea datang situ. Kat Shanghai ni banyak betul tempat Shopping yang jual borong murah gila. Sapa kaki Shopping tuh memang boleh jadi gila kalau pegi Shanghai. Nasib baik aku bukan kaki shopping hihihihi. Cadar Patchwork lawa2! Kat Korea Mall ni ada banyak level. Tak Pasti berapa level. Level Basement tuh baju budak jer. Akak aku pergi situ tapi aku tak pegi. Katanya leh jadi gila tengokk Hihihi. Actually g Korea Mall ni sebab nak cari Cadar Patchwork. Boleh juling biji mata tgk cadar2 nih. Lepas survey2 kitaorg pun balik ler rumah sewa abg aku sebab hari dah petang. Cherry Blossom kat apartment abg aku. lawa! Hari Kedua di Shanghai Gedung boro...

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 2

Image
Sambungan daripada Part 1 Selamat Pagi Shanghai! Jauh gak rumah abang aku dari Pudong Airport nih.  Dalam pukul 2.30 baru sampai rumah abg aku & family. Dah nak masuk 3 tahun diorg dok sini n tahun nih kira tahun last sebelum balik Malaysia semula. Sampai jer, akak ipar aku sambut siap dengan makanan. Late supper lah lebih kurang. Anak-anak saudara aku plak dah tidur. muka kelaparan + ngantuk Punyalah sejuk betul dalam rumah tuh. Lantai memang tak boleh pijak ler macam pijak air batu. Walaupun dah pasang heater tapi tetap sejuk gak. Nasib baik hidung aku tak buat hal. Lepas makan2 n borak2 kejap terus tidur sebab dah letih sangat. Anak2 tuan rumah dengan jajan dari Malaysia Masa time spring subuh pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi dah terang benderang. So memang awal ler aku bangun. Mata aku ni kalau dah tgk kat luar dah terang automatik terus segar. Bangun jer anak-anak saudara aku dah bangun. Rindunya ngan diorg. Kalau korang pernah bac...

Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 1

Image
JHB - LCCT dulu Ok entry2 lepas nih semua cerita masa aku g Shanghai, China bulan 22-29 March haritu. Lama gila kan aku amik masa nak blogkan trip aku nih? 5 bulan tuh. Actually malas gila nak pilih gambar plus edit gambar tuh. Sekarang ler baru rajin nak up trip aku nih. Lagi satu ini lah trip terakhir aku naik kat LCCT. Walaupun jalan kat Parking bay kapal terbang nak masuk pintu gate tuh jauh. (Kalau AirAsia X dekat jer rupanya) Tapi lagi jauh kot berjalan kat KLIA 2 walaupun ada sky bridge. ahli rombongan Ahli rombongan ke Shanghai adalah seramai 7 orang.  1 org dah tunggu siap2 kat LCCT. Oleh kerana flight ke Shanghai pukul 7.20 petang, so kitorang bertolak dari JB pukul 12.40 tghari gitu n sampai kat LCCT dalam pukul 1.30 tghari. Kejap jer. So bermula lah episode yang paling aku tak gemar sekali iaitu menunggu. 6 jam nak kena tunggu. Siap boleh shopping beli kasut lagi. hihihihi. Actually masa kat JB kitaorg dah sangkut check in bag seb...

Legoland Waterpark Malaysia

Image
Sebelum puasa haritu, akhirnya aku 1st time jejak kaki kat Legoland Waterpark nih setelah berbulan-bulan buat premium season pass. Nasib baik time pegi tuh cuaca tak panas sangat n mendung jer. So takdelah rentung sangat aku haritu. Tapi aku kureng betul pegi hari sabtu or ahad. Ramai orang ler. Family aku suka g hari Jumaat sebab tak ramai org. Tapi aku lak tak boleh sbb kerja. Aku 1st time dtg sini so memang over excited ler. Lagi ler aku dah lama tak mandi kolam, sungai, laut or apa2 yg sewaktu dengannya. Masuk jer Legoland Waterpark nih ada changing & shower room. Besar, bersih dan selesa. Lepas tukar baju jer terus terjun kolam. Aku ngan mat ayip jer dok main kat wave pool.  Anak2 saudara aku lain tah kemana hilang main slides. Ajak Mat Ayip g Jooker Sooker, tapi dia tak mau. Boring betul. Takut katanya. So kena lah lepak kat wave pool tuh sampai kecut tangan. kalau nak msk wave pool kanak2 kena pakai jaket keselamatan tuh Wav...

Cerita Raya 3

Image
Juadah 1 Syawal. Dah 12 Syawal hari ni. Sekejap jer masa berlalu. Nanti tup tup dah raya tahun depan plak kan? Entry last Cerita Raya. Raya kali ni kitorag sambut secara sederhana. Lepas solat raya jer adik beradik aku mula dtg memenuhi rumah aku. aku & anak-anak saudara aku.  Oleh kerana asben akak aku tak keje 1st raya so diorg lepas umah aku nak balik batu pahat plak. Kalau asben dia kerja, dia melepak umah aku sampai petang. So takde lah drama-drama duit raya harituh hihihi. Sampul raya tahun ni, CIMB Preferred Tahun nih tak amik gambar banyak sangat sebab malas hihihi. Penat semalamnya masak tak ilang lagi.  So aku banyak melepak sambil borak-borak ngan adik beradik aku jer. Penuh gak rumah kitaorg ngan adik beradik, menantu2 n cucu cicit. Happy jer mak aku. Happy lagi budak2 sebab dapat collect duit raya. Lepas Maghrib akak aku n family dari Shah Alam plak sampai. ~~~~~~ Tok saudara sebelah arwah ayah aku ...

Cerita Raya 2

Image
bawang untuk di goreng Malam raya tahun ni awesome sgt. Macam last year. Pukul 11 mlm aku dah tidur. Kalau tak sebelum-sebelum nih tidur sampai 2-3 pagi siapkan juadah, kemas umah & pasang langsir. Kali nih kemas umah n pasang langsir hari Sabtu dah siap habis. Kiranya masa tuh rumah aku mmg dah boleh raya sebab serba serbi dah siap ganti. Tahun nih tak beli langsir baru. Guna tahun2 lepas jer. Oleh kerana last 2 years aku tukar rel langsir ngan rod kayu so langsir2 aku yg sebelum tukar rod kayu tuh semer langsir banjir ek hihihihi. ~~~~~ Macam biasa kalau bab masa raya nih cuma akak aku n aku jer yg ada kat dapur. Adik beradik aku yang lain semer masaak sendiri kat umah n datang umah aku pagi raya jer. Oleh kerana aku ngan akak aku dapat perlepasan khas org pompuan,  so tenaga kitaorg utk tahun ni sgt luar biasa. Awal2 pagi2 pukul 6.30 dah pergi pasar cari daging segar & ayam n barang keperluan lain. Ada barang2 dah cari awal. Tinggal dag...

Cerita Raya 1

Image
Masa bulan puasa haritu, berkobar2 nak buat biskut sendiri. So masa sabtu ketiga bulan puasa kitaorg pun start buat biskut sendiri. Walaupun dalam hati rasa macam was2 jer kan sebab aku n akak aku ni warm2 chicken shit jer. 1st biskut kitaorg buat biskut oat badam (sory gambar takde sebab biskut tak lawa hahaha) Bila tengah bakar tuh bau dia mengancam sungguh.  Plak tuh takde sapa yang 'cuti' so xda sapa yg boleh test makan. Lepas siap biskut tuh, buat biskut orange chocolate chip plak. Fuhh yang nih bau lagi mengancam.  Lepas tuh buat biskut no. 3 lepas buka puasa. Yang nih memang spoil. Terus ilang mood kitaorg nak buat biskut. Dah lah banyak gila plus boleh plak keras. Baling kat dinding pun boleh pecah. Esoknya decide buat biskut nih. Senang jer. Almond Crunchy. Lepas tuh terus give-up tak nak buat biskut lagi. Padahal butter ada berketul2 dalam peti ais tuh. Hahahaha Takpe nanti leh buat besday kek sapa2 kan? Ini ler rupa ...

Wishlist!

Image
Hari raya haritu dok tgk org amik gambar pakai monopod lah go pro lah. Tapi aku tak minat semer tuh. Yang aku nak sangat kamera kat atas nih. heeeeee nak sangat2 macam nak beli sekarang jer. Walaupun guna handphone senang. Tangkap gambar terus share.  Tapi gambar tak lawaaaaaa. Memang dah lama ngidam nak beli Olympus PEN nih. Tapi ada jer benda lain yang nak beli dulu kan. Sekarang benda lain tuh semer dah dpt. So next target mirrorless camera, Olympus PEN nih (Camera DSLR boleh keluar senarai wishlist hihihi) Agak-agak kalau kumpul RM1 sehari dpt tak kamera nih raya tahun depan? Tahun depan mesti dah turun kan? (kalau turun pun takkan turun sampai jadi harga RM365 kannn? : P) Nak tau apa beza DSLR ngan Mirrorless Camera boleh klik kat link bawah nih:- DSLR vs Mirrorless Camera