Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 2

Sambungan daripada Part 1

Selamat Pagi Shanghai!

Jauh gak rumah abang aku dari Pudong Airport nih. 
Dalam pukul 2.30 baru sampai rumah abg aku & family.
Dah nak masuk 3 tahun diorg dok sini n tahun nih kira tahun last sebelum balik Malaysia semula.
Sampai jer, akak ipar aku sambut siap dengan makanan. Late supper lah lebih kurang.
Anak-anak saudara aku plak dah tidur.

muka kelaparan + ngantuk

Punyalah sejuk betul dalam rumah tuh.
Lantai memang tak boleh pijak ler macam pijak air batu.
Walaupun dah pasang heater tapi tetap sejuk gak.
Nasib baik hidung aku tak buat hal.
Lepas makan2 n borak2 kejap terus tidur sebab dah letih sangat.

Anak2 tuan rumah dengan jajan dari Malaysia

Masa time spring subuh pukul 4 pagi. Pukul 5 pagi dah terang benderang.
So memang awal ler aku bangun. Mata aku ni kalau dah tgk kat luar dah terang automatik terus segar.
Bangun jer anak-anak saudara aku dah bangun. Rindunya ngan diorg.
Kalau korang pernah baca entry blog aku nih masa awal2, aku rajin cerita pasal diorg.
Yang pakai cermin mata gambar kat atas nih mak aku jaga dari dia umur setaun sampai lah 6 tahun n diorg g Shanghai. So aku memang rapat dengan anak-anak saudara aku nih.

Destinasi pertama di Shanghai.

Hari pertama di Shanghai kitorg dibawa ber'picnic' di Shanghai Binjiang Forest Park.
Gigih ler akak ipar aku gorengkan kuey teow, karipap & nugget untuk dibawa ke taman.
Dengan suhu 15-16 darjah celcius picnic kitaorg sgtlah best yer.
Abg aku n Akak ipar aku sewa satu van pelancong untuk bawa kitaorg kemana-mana sepanjang kat Shanghai ni.

Naik tram

Kat Shanghai nih ada banyak Park n kalau hari Ahad memang ramai orang berkelah kat taman-taman nih.
Taman yang kitaorg pergi nih agak jauh dari rumah abg aku iaitu kira-kira 45 minit perjalanan.
Besar taman ini adalah 300 hektar n hanya 120 hektar dibuka kepada orang awam.
Masa kitaorg datang akhir Mac tuh baru nak masuk Spring, so sedihlah kan sebab tengok pokok banyak togel lagi n bunga baru nak berbunga-bunga.
Taman ni nak masuk dikenakan bayaran RMB20 iaitu kira-kira RM10 duit Malaysia.

Picnic tepi sungai kecil jer

tgh kelaparan

Kelakar betul masa picnic nih. Orang2 kat sana semua berhenti tengok kitaorg makan apa.
Lagi satu orang-orang kat sini memang pelik nampak orang pakai tudung.
Mesti tengok kitaorg dari atas sampai bawah.
Mula2 boring gak sebab diorg ni mcam tak pernah nampak orang.
Especially kat area kg sikit. Tapi kalau kat pusat bandar Shanghai
tuh memang tak berapa nak heran sgt.
Sebab ramai expatriate jer.
Kekadang terpikir gak apa yg diorg pikir bila nampak kitaorg
Lagi-lagi masa tuh MH370 baru ilang plak.

Anak-anak saudara aku :)

Pokok masih togel lagi xda daun.
Angin kuat best main layang2


Sambung Part 3 lah plak ek?

Comments

  1. seronoknya jalan2 kan..boleh tengok tempat dan budaya orang sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulilah seronok sangat dapat tengok tempat orang. kalau saya takde family kat sana memang tak sampai saya kat Shanghai ni

      Delete
  2. wow pengalaman lain dari yang lain sebab ada family kan kat sana..
    jadi extra detail prancangan.. diorang bawak jalan2 kat tempat yang lain daripada tourist spot..
    bestnyaaaa duduk sana.. dahla sejuk memang besh..

    ReplyDelete
  3. diorang memang jakun la hahahhaa.. org muslim kat sana pakai tudung lagi pelik..
    nampak telinga bagai.. ada skali tu masuk kedai nak makan.. diorang tanya kami dengar ke kalo orang cakap sbb pakai tudung tutup tlinga =D tak tau nak gelak ke tidak hahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best duduk sana sejuk jer kan tapi kecuali masa summer ler. abg saya ckp lebih panas dari malaysia. pelik tgk orang pakai tudung. tapi macam foreigner lain diorg tak nampak pelik. maybe sbb kita pakai tudung. bila ada org tgk atas bawah terus buat lawak ckp ini mcm Shila Amzah pakai jer ekekeke

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih