Cerita Raya 3

Juadah 1 Syawal.

Dah 12 Syawal hari ni. Sekejap jer masa berlalu.
Nanti tup tup dah raya tahun depan plak kan?
Entry last Cerita Raya.
Raya kali ni kitorag sambut secara sederhana.
Lepas solat raya jer adik beradik aku mula dtg memenuhi rumah aku.

aku & anak-anak saudara aku. 

Oleh kerana asben akak aku tak keje 1st raya so diorg lepas umah aku nak balik batu pahat plak.
Kalau asben dia kerja, dia melepak umah aku sampai petang.
So takde lah drama-drama duit raya harituh hihihi.

Sampul raya tahun ni, CIMB Preferred

Tahun nih tak amik gambar banyak sangat sebab malas hihihi.
Penat semalamnya masak tak ilang lagi. 
So aku banyak melepak sambil borak-borak ngan adik beradik aku jer.
Penuh gak rumah kitaorg ngan adik beradik, menantu2 n cucu cicit.
Happy jer mak aku.
Happy lagi budak2 sebab dapat collect duit raya.
Lepas Maghrib akak aku n family dari Shah Alam plak sampai.

~~~~~~

Tok saudara sebelah arwah ayah aku

Raya kedua, kitaorg mula bergerak beraya secara berjemaah ngan adik beradik yang lain.
Memang satu kebiasaan tiap2 raya tapi bergantung kepada sapa yang ada ler.
Kalau mcm last year abg aku n akak aku raya kg mentua so tak ramai ler.
Harituh rumah yang wajib pegi adalah rumah tok sedara aku yang aku panggil tok cik.
Rumah tuh memang wajib tiap2 raya mesti pergi.
Tapi kalau tak raya pun aku pergi gak.
Tok cik lelaki aku nih beza umur tak banyak ngan arwah ayah aku.
Kalau arwah ayah aku ada umur dia sekarang 85 tahun.
Kebetulan jumpa plak bapa saudara aku i.e adik kepada arwah ayah aku.
Fuhh tengok dia lagi lah aku sedih sebab muka seakan sama ngan arwah ayah aku.
Lepas umah tok cik's aku ni kitorg bergerak ke 3 buah rumah yang lain.

~~~~~

Ini Woodlands Checkpoint yang lama!

Raya ketiga plak kitaorg decide nak beraya kat Singapore plak.
Beraya kat umah adik-adik mak aku n anak2 saudara dia (sepupu aku ler) kat sini.
Lama gila aku tak ikut raya g Singapore.
Last aku ikut masa arwah ayah aku ada lagi. Itu pun time kecik2.
Bila time remaja tak ikut dah sebab takde passport.
Bila ada passport pun tak g gak sebab masing2 seram nak drive kat Spore.

Kat rumah makcik aku (adik mak aku)

Sempat pergi 3 rumah jer sebab keluar pun dah lambat.
Jammed lagi kat Woodlands Checkpoint.
Kat BSI tak jemm plak sampai Singapore boleh jammed plak.
Sampai diorg divert ke Checkpoint Woodlands lama.
Lalu kat kedai-kedai lama kat Woodlands tuh.
Nostalgia betul teringat dulu2 kat kedai tuh.
Kedai2 kat situ ler orang Malaysia serbu 30 - 40 tahun lalu.
Masa tuh duit RM lagi tinggi dari duit SGD.
Dulu beli kain buat raya semua beli kat Singapore.
Sekarang dah terbalik.

Apa-apa pun raya kali nih puas aku sebab dapat cuti extra 2 hari.
Sebab selalu kalau cuti raya habis aku mesti kena kerja takde extra.
Tuh yang raya sakan tahun nih... hihihihi

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih