Catatan Perjalanan: Shanghai, China Part 4

Sambungan daripada Part 3

Amaran!! Entry ni banyak gambar!

Menuju ke Metro Shanghai (subway system)
Hari ketiga (Selasa) di Shanghai, kitaorg plan nak pegi Hangzhou yang terletak kira-kira 1 jam perjalanan dari Shanghai dengan bullet train. Harga tiketnya aku dah lupa berapa. 
Tapi mahal gak ler. Nak beli tuh kena tunjuk passport or kalau org China kena tunjuk ID diorg.
So pepagi buta kitaorang dah bangun masak sbb nak bawak bekal siap2 pegi Hangzhou.
Katanya Hangzhou lawa sgt. 
Tapi tujuan utama nak gi Hangzhou sebab nak tengok kain sutera Hangzhou yang terkenal tuh.

Naik Metro Shanghai
So pepagi kitaorg dah berjalan kaki dari apartment family abg aku ke subway station Shanghai.
Subway station tuh kat bawah Takashimaya.
Area rumah abg aku nih mcm ala2 kat bukit kiara dengan apartment2 mewahnya n shopping complex2 high endnya. Apartment sewa dia jer macam hotel siap ada concierge semer.
 So orang2 kat area sini sangat fashionable ok. Terasa kerdil jer diri ini.
Abang aku tak ikut tapi kawan dia, chinese Malaysia nama Simon yg bawak
 kitaorg jalan2 pegi Hangzhou. Simon nih dia kahwin dgn orang Shanghai n bermastautin kat sini.
Masa naik metro nih sekali boleh plak tv dalam metro tuh tunjuk berita pasal MH370. Najib buat press conference. Terus kitaorg buat2 tak nampak jer berita tuh hihihihi. Takut gila ko time tuh.

ngam2 sampai platform 8
Ahli2 rombongan
1st time naik bulet train nih. Average kelajuan dia antara 280kmj - 320kmj.
Tapi tak nampak macam laju pun n train diaorg senyap jer n tak bising.
Keadaan train bersih n stewardess diorg jalan jual makanan n minuman.
Masa on the way ke Hangzhou tuh tgk kiri kanan kelabu jer sebab jerebu.
Aku dah mula risau takut2 kat Hangzhou pun jerebu mcm tuh. Boleh sesak nafas aku.
Tepat 1 jam kitaorg pun sampai kat train station bandar Hangzhou.

ramai gila ngan orang pastu tgk kitaorg mcm pelik je kan
(sbb kitaorg pakai tudung)
Sampai jer terus kitaorg cari bas nak pegi ke West Lake.
Abang aku dah bagi aku duit syiling satu bekas sampai
org tgk aku jer kan amik syiling dari bekas tuppware.
Masa ni ada cerita sikit. Masa kitaorg naik bas kosong. So aku dpt tempat duduk.
Lepas tuh penuh n bas jalan n ada org berdiri tepi aku,
 tetiba orang tuh dok hakk tuiihh kat tepi aku. Dalam bas plak tuh.
Terus loya tekak aku. Org2 area nih agak pengor sikit berbanding kat Shanghai.
Terus kitaorg ckp ngan Simon, sorry ler tak nak naik bas nak naik teksi jer.
Sampai jer kat West Lake cecepat turun sbb tak tahan nak muntah hihihi.
Ramai orang kat West Lake walaupun cuti. Tempat nih memang jadi tumpuaan pelancong.
Actually diorg takyah bergantung tourist daripada luar pun takpe.
Sebab local tourist jer dah ramai gila.
Yang tak boleh blah diorg siap berhenti tengok kitaorg atas bawah hahaha.
Bosan gak jadi perhatian orang. Tapi buat bodo jer lah.
Apa diorg fikir ek. Tah2 dia ckp eh diorg pakai tudung macam Shila kot ekekekek.
Tapi last2 masa balik ke Shanghai baru tau kenapa diorg pandang mcm tuh.
Nanti aku cerita kat entry lain ek. hehehe

Kat West Lake. Besar gila West Lake ni
masa nih Cherry Blossom dok berbunga
Sampai jer kat West Lake tuh kitaorg mencekik dulu bekalan Nasi Goreng n karipap yang akak ipar aku bekalkan. Pastu orang-orang kat situ pun tengok-tengok kitaorg macam tak pernah nampak orang hahahaha. Tengah relax2 n anak saudara aku dok amik gambar sekitar situ tetiba Simon dpt phone call dari abang aku. Tapi Simon tak ckp apa lepas dpt phone call tuh rupanya masa kat kilang kain baru dia bagitau. Abang aku suruh tengokkan n jaga kitaorg jangan sampai kena marah ngan org sana sebab ada org tunjuk perasaan kat Kedutaan Malaysia kat Beijiing n minta semua orang Malaysia kat China berhati-hati.

Kat Soong Dynasty
Suka orang kedai nih sebab akak ipar aku borong kipas dia
Lepas mencekik kat West Lake tuh kitarog pun mencari teksi nak pegi ke Soong Dynasty.
Konon-konon nak tengok opera ler. Punya lah payah nak cari teksi.
Kalau ada pun demand tak nak pegi sana. Jauh katanya.
Nak naik bas aku dah loya tengok sifat pengor diorg tuh huhuhhu.
Last-last dapat gak teksi. On the way ke Soong Dynasty tuh lalu ler sekitar west lake.
Besar rupanya West Lake. Pastu rupa-rupanya ada tempat lagi lawa yang kitaorg pegi.
Actually kalau ada pengangkutan mcm van sewa lagi ok sebab boleh pegi tempat2 tuh.
Sebab jaraknya jauh antara satu sama lain. Cantik gila ok tempat tuh.
Ada aku nampak hutan tapi bawah ada rumput hijau dengan bunga2 kecil.
Lawanyaaaaa. Macam kat Korea pun ada.
Sampai jer kat Soong Dynasty, sekali tengok mahal lah plak nak masuk.
Lagipun opera tuh dalam bahasa yang kitaorg tak paham.
So end up jalan-jalan n amik gambar kat kawasan sekitar jer lah.

Akak aku beli benda yg dia tiup2 tuh

Lepas tuh kitaorg amik keputusan nak gi tengok kain sutera jer lah.
Nak pegi Silk Street tapi end up pegi kilang kain sutera plak.
Alahaiii. Katanya kak Ros pun pernah melawat pegi kilang tuh.
So layankan jer lah orang-orang yang nak gi tengok kain tuh.
Memang banyak pilihan kain n harga yang agak murah-murah.
Lembut kain sutera tuh takleh nak ckp ler camner. Tailor mesti marah gila kalau dpt kain tuh
Susah nak potong kot. Aku tak beli pun.
Cuma tengok n tolong akak aku n akak ipar aku pilih kain jer.
Kat kilang nih tak ambik gambar pun.

Selfie dulu.
Naik Van complementary drpd Kilang Kain.
Sampai bustop jer
Lepas dengan Simon ckp abg aku telefon pasal apa yang terjadi kat Beijing tuh,
terus kitaorg ami keputusan balik awal lah.
Ikutkan keretapi balik Shanghai pukul 8.30 malam. So kitaorg cadang nak amik awal sikit.
Tukar tiket. So kena lah bayar lebih sikit sebab nak tukar tiket.
Perjalanan nak ke station keretapi nih kelakar sikit.
Kilang nih sediakan Van sampai kat bus stop jer.
So kitaorg tunggu ler bas kat nak ke station keretapi.
Bas pulak penuh. Kena berdiri. Ingat dekat ler tapi nak dekat 1 jam tak sampai2.
Sampai lah kat kawasan bandar tetiba bas nih gaduh plak ngan teksi.
Teksi nih gi halang bas tuh sampai tuh terlanggar teksi tuh.
Apa lagi dia bukak pintu semua orang cepat2 turun cabut lari.
Rupanya memang kat sini mcm tuh. Kalau driver bas dah gaduh cecepat turun ye.
Sebab kitaorg ramai so separate 2 naik teksi lain-lain.
Aku  n 2 org anak saudara aku naik dulu.
Tapi Simon n akak n akak ipar aku tak dpt teksi. So diorg naik Metro Hangzhou.
Penuh gila kata diorg. Sampai train station dah pukul 6.00 petang.
Dapat tukar tiket pukul 7.30. Tak sabar nak balik ke Shanghai.
Sebab Shanghai moden sikit :) hihihihi
Sampai Shanghai pukul 8.30. Tunggu teksi macam ular dipalu tuh 9.00 baru dapat.
Sampai umah family abg aku terus semua terbongkang! kaki sakit!
N malam tuh gak ada Sidang akhbar PM umum yg MH370 ends in Hindi Ocean.

Oklah sambung Part 5 hari keempat aku di Shanghai

Comments

  1. CT pi west lake time winter hahaha pokok semua togel tapi lake tu itself memang da cantik..
    isk rasa nak repeat hangzhou eh.. shanghai xpe sebab macam kl saja.. tapi hangzhou ni lain sket..
    jatuh cinta terus rasanya.. borong silk ? kami dak beli pape pun signature hangzhou. beli fridge magnet hangzhou yang mahal muahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yes hangzhou mmg kena repeat especially time spring sbb lawa sangat. ada satu kawasan tuh rasa macam dalam cerita twilight yg 1st plak hutan nya. lawa sgt2. sayangnya kitaorg cuma lalu jer. kitaorg cari silk road tapi terbawak ke kilang silk plak. layankan jer lah

      Delete
  2. Hi. Assalammualaikum. Nak tanya kenal tak mana2 malaysian yg duduk kt hangzhou or nearby situ? Saya gi hangzhou utk cari kain. Berdua je dgn mak. Dua2 perempuan so takut sikit nk jln2 sendri without org yg pndai ckp cina. Kalau kenal bole bagi contact number. Really urgent. Thank you.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaikumusalam. Sorry baru nampak komen awak kat komen yang belum publish. Saya rasa awak mesti dah pergi. Maaf sebab lmbt bukak bahagian komen

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih