Tragedi Julai

Uwaaaaaaa
Dua minggu lepas aku buat Jalan Skudai jem masa orang balik kerja. Puncanya daripada orang yang mengantuk bawak kereta. Masa tuh aku dah 3 hari sakit gigi. Siap dah buat appointment kat dentist fav. aku. Memang time tuh berdenyut2 je sakit gigi aku siap aku sendal ngan kapas sebab tak nak berlaga ngan pipi aku. Sampai kat area Kemayan City tuh aku nampak daripada cermin pandang belakang tuh ada satu kereta memang bawak gila-gila laju lah dok nak tukar lane kiri ke tengah. Aku pulak memang tengh slow sebab jalan memang sesak n jem. Tiba-tiba kereta tuh tukar lane tengah masuk belakang aku terus tekan minya laju gila. Aku memang secara kebetulan tengah tengok cermin pandang belakang tuh. Orang tuh bukan nak tekan brek makin dia tekan minyak terus langgar kereta aku. Terus aku terhantuk kepala aku kat stereng n seat aku. Makin berdenyut-berdenyut kepala aku.

Alhamdulilah jarak aku ngan kereta depan agak jauh. Jadi aku tak langgar kereta depan. Yang aku geram tuh aku bukan brek pun, kereta aku memang tgh jalan. Nasib baik aku dapat kawal stereng kereta aku. Terus bukak double signal pegi tepi jalan. Orang tuh keluar kereta terus mintak maaf ngan aku. Katanya tertidur ngantuk sangat. Lepas bincang-bincang amik keputusan report polis claim insuran dia sebab dia takde duit nak bayar. Dia pun kena saman ngan polis sebab langgar kereta aku. 2 minggu jugak kereta aku masuk bengkel. Semalam petang baru dapat.

Rindu gila ngan kereta aku. Baru tahu bagaimana payahnya dan stressnya takde kereta. Susah nak kemana-mana. Lagilah aku kena hantar mak aku gi Dialisis. Kena tumpang orang untuk kemana-mana. Nasib baik ada kawan yang duduk area rumah aku boleh lah tumpang pegi kerja semalam 2 minggu. 

Ini bukan kali pertama aku accident. Kereta kancil dulu 4 kali. 3 kereta, 1 lori. 2 kali kena langgar sebab orang keluar simpang, 1 kali side mirror kena sebat masa tunggu traffic light (kes orang ngantuk gak ni) & lori langgar masa keluar susur. Jadi bila kena yang ini aku lebih tenang untuk handle situasi time tuh. Kawan aku pun pelik kenapa aku boleh tenang macam tuh. Alah benda nak jadi nak wat camner. Redha je lah.

Cuma yang geram tuh banyak menyusahkan aku n family aku. Berhati-hatilah memandu. Kalau-kalau mengantuk berhenti jelah. Jangan memandu. Bahayakan diri sendir dan orang lain.

Tapi bila fikir balik kalau main tukar-tukar lane nih n laju gila, ngantuk ke? hmmmm 
orang sekarang nih banyak main handphone je. Bawak kereta pun nak pegang handphone. Boleh susahkan orang tau tak?

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih