1929 - 1998

Aku n arwah ayah yg aku panggil Bak.

Jumaat 28 Ogos jam 12.05 tengahari 17 tahun yang lalu aku kehilangan antara orang yang paling aku sayang di dunia ini, disaat family aku bergembira menerima ahli keluarga baru yang lahir seminggu sebelum dia pergi buat selama-lamanya. 

Kegelisahan dan debaran yang tiba-tiba datang tepat jam 12.05 tengahari ketika aku menunggu abang aku mengambil aku daripada sekolah untuk ke hospital untuk menjaga dia rupa-rupanya satu petanda yang dia telah pergi buat selama-lamanya.

Lemah longlai kaki aku bila melihat abang aku belari mengejar kereta yang aku dan emak aku naiki ketika melalui Blok Dahlia Hospital Sultanah Aminah yang menempatkan wad Cardiology Care Unit (CCU) disitu juga kelihatan sebuah kenderaan jenazah yang sedang menunggu.

Masih terngiang-ngiang lagi tangisan mak bila abang aku memeluk dan memberitahu mak aku bahawa suami yang dia kahwini selama 40 tahun 8 bulan dan 3 hari telah pergi meninggalkan dia buat selama-lamanya.

Sedih dan pilu hati ini menahan sebak pada saat terakhir melihat wajah arwah. Ciuman dan pelukan buat kali terakhir sebagai tanda perpisahan. Hati bertambah pilu apabila melihat jenazahnya diturunkan ke liang lahat tanda aku akan berpisah buat selama-lamanya dengan antara orang yang paling aku sayang. 

Sukar bagi aku untuk menerima kenyataan yang telah ditakdirkan untuk aku. Selama 18 tahun, 8 bulan dan 3 hari aku tidak pernah berpisah dengan dia, bagaimana aku hendak melalui hari-hari mendatang tanpa kehadiranya disisi aku. 

Dugaan yang Allah hadirkan buat aku ketika aku sedang berhempas pulas menghadapi peperiksaan STPM membuatkan aku  patah hati, patah jiwa. Aku tidak mampu untuk berjaga diwaktu malam belajar seperti selalu semasa arwah masih ada disisi aku kerana sebelum ini arwah tidak boleh tidur malam kerana menanggung kesakitan dan selalu menyuruh aku menyapu ubat panas dibelakangnya. Kenangan itu semua membuatkan aku sebak.

 Dengan sokongan keluarga, guru-guru dan kawan-kawan aku mengumpul kekuatan untuk menghadapi STPM. Pesanan arwah nak lihat aku berjaya seperti ahli keluarga aku yang lain, aku jadikan sebagai kata-kata azimat. Aku dah berjanji dengan arwah dan aku perlu buktikan.

Aku rindu dengan arwah ayah aku. Rindu sangat-sangat.
Aku nak sangat arwah tahu keputusan STPM aku
Aku nak sangat arwah tahu aku dapat masuk Universiti
Aku nak sangat arwah hantar aku masa hari pertama di Universiti
Aku nak sangat arwah amik/hantar aku kat Terminal Larkin tiap kali aku balik/pergi Shah Alam
Aku nak sangat arwah hadir di majlis konvo aku bergambar disisi mak dan aku.
Aku nak sangat belanja arwah dengan gaji pertama aku.
Aku nak sangat arwah tahu aku dah dapat lesen memandu.
Aku nak sangat arwah naik kereta aku.
Banyak yang aku nak list out kat sini yang aku nak arwah tahu.
Tapi aku tak mampu sebab ini yang telah ditakdirkan untuk aku. 

Aku redha.. 

Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas roh Allayarham Ayahku dan tempatkanya dikalangan orang-orang yang beriman. Amin Ya Rabbal Alamin.

Al-Fatihah.


Comments

  1. alfatihah utk arwah ayah ko ida..sedih aku baca post ko ari ni...

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih