Cerita Sebelum Raya

Budak letih puasa
Cerita Puasa. Budak kat atas nih, Mat Ayip try puasa penuh buat kali pertama tahun ni. Macam-macam dugaan nak suruh dia puasa penuh. 1st day puasa dia dah buat 'drama'. Pukul 5.30 petang mintak buka puasa siap golek-golek kat dapur cakap dia dah tak larat, dah lapar sangat n siap cakap kalau dia mati camner. Alahai Ayip, Ayip. Mak aku dah tak sampai hati dengar terus suruh buka. Tapi dia tak buka selagi tak dapat approval daripada Mama dia. Last2 akak aku bagi buka pukul 6.00 petang sebab tak sampai hati. 2nd day dia puasa sebab cousin perempuan sebaya dia puasa penuh. Terus rasa kejantanan dia tercabar hahaha. Alhamdulilah dapat 21 hari puasa penuh si Mat Ayip nih. Baki 8 hari semua buka pukul 5.00 petang ke atas.

1st time Dialysis time puasa
Mak aku pulak pertama kali Dialysis time puasa. Alhamdulilah. Mak dapat complete puasa tahun ni. Walaupun agak letih, tapi oleh kerana dia ada selera makan time sahur so boleh bertahan lagi lapar dan dahaga tuh. Puas cakap ngan dia kalau tak larat tak payah lah puasa. Tapi kuat semangat mak aku nih nak puasa. Alhamdulilah penuh puasa tahun ni. Tapi yang sedih ada orang muda-muda sihat tubuh badan malas nak puasa. Hmmmm

Menu buka puasa
Buka puasa pulak, alhamdulilah. Tiap-tiap hari minggu ada je yang datang ke rumah aku untuk berbuka puasa. Oleh kerana cuti weekend tak sama dengan orang kerja kerajaan n swasta, so permintaan untuk berbuka puasa hanya dibuka pada hari Sabtu sahaja. Gambar kat atas masa buka puasa minggu pertama puasa. Ada Mee Rebus, Roti Jala & Kari Ayam, Nasi Goreng Legend Resepi Mak aku and kuih popiah. Jangan tak caya semua itu homemade. So tiap-tiap minggu meriah orang datang buka puasa sama-sama. Paling meriah 2 hari sebelum raya bila akak n abang  dengan keluarga masing-masing buka puasa kat rumah aku. Diorang request aku murtabak cheese kampung kurnia yang famous masuk Majalah 3 tuh. Pukul 1 tghari aku dah siap2 keluar beli murtabak tuh. Takut habis.

Ok sambung Cerita Sebelum Raya 2

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih