Being single is not easy

Kawan Shopping, tanggungjawab aku jugak
Sejak akhir-akhir ni rasa macam malas nak taip kat blog nih. Tapi takmau lah sampai satu bulan takde pos apa-apa macam bulan Julai lepas. Nanti aku takda apa-apa memori untuk bulan itu. Ini kan open diari aku.

Ramai orang ckp single ni life dia sgt mudah, senang, tiada tanggungjawab n macam-macam lagi. Well bukan untuk aku. Kadang-kadang aku rasa orang yang berfamily kehidupan dia lagi mudah berbanding jadi single. Mungkin bab tanggungjawab pada anak n suami itu kadang-kadang nampak agak berat tapi sebenarnya mudah sebab mereka mempunyai pasangan untuk bergantung antara satu sama lain. 

Tapi tak boleh ckp aku tak ada tanggungjawab and life aku sangat easy.

Kadang-kadang orang yang dah ada family selalu amik kesempatan dengan orang-orang single macam aku. Jangalah macam tuh. Sedih tau bila cakap aku balik cepat pun bukan ada sapa tunggu kat rumah. Aku pun ada family yang tunggu aku balik. Mak, kakak & anak saudara.

Bukan nak musuh dengan orang berfamily tapi kadang-kadang sesetengahnya merasakan orang-orang single ni takde tanggungjawab.

Susah jadi orang bujang nih. Semua kena decide sendiri.
Kalau accident kena deal sendiri, gi balai polis sendiri, cari bengkel sendiri.
Kalau hujung bulan kering, korek tabunglah jawabnya.
Nak apa-apa semua kena buat sendiri.
Kalau sedih makan hati sorang-sorang.

So bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Jangan pandang rendah kat orang
Nanti kalau Allah dah tarik balik apa yang kita ada baru nak menyesal.

Aku hormat dengan orang yang berfamily.
Tapi please orang yang berfamily, hormatlah kepada orang bujang.
Kitaorg pun ada tanggungjawab juga walaupun tak sebesar macam korang.

Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih