KFC Breakfast

Pepagi makan dua ketul ayam

Aku dah lama tak makan breakfast KFC. Salah satu sebab kenapa aku jarang makan KFC breakfast cos ada restoran tertentu dia tak jaga kualiti makanan. Bagi roti keras kalau baling kat dinding pun boleh pecah. Sebenarnya breakfast KFC lagi sedap daripada McD. Dulu ingat lagi KFC ada nasi lemak KFC. Sedap. Sambal nasi lemak KFC masa tu memang sedap. Tah kenapa KFC stop dah menu nasi lemak KFC tuh. Cuma bab kualiti tuh aku kurang gemar sikit bila breakfast nih. 

So haritu adalah aku dah tak tau nak makan apa, so aku singgah ler KFC nak beli breakfast nih. Nampak ada menu nasi. So aku takde tanya terus beli. Dah lah tamak beli yang dua ketul ayam. So aku igtkan nasi lemak, sekali nasi ayam daaaa makan ngan sambal nasi lemak hihihihi. Tapi lapar punya pasal kita bedal jer lah ye. Sodap gak makan nasi ayam dengan sambal nasi lomak.

Lagi satu bubur KFC pun sedap jugak ye. Tapi time breakfast je ada.

Fries KFC paling sedap
dan juga nugget ayamnya. Nyum! nyum!

Ini bukan iklan berbayar.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih