Posts

Showing posts from April, 2016

Bye, Bye Si Hijau!

Image
Bye.. Setelah 10 tahun guna servis prepaid dan 3 tahun guna servis postpaid akhirnya aku mengucapkan goodbye lah kepada si Hijau nih. Sorry to say si Hijau, ur rate sangat tak masuk akal, dulu aku igt kamulah yang termurah sekali. Plan RM50, 1GB, 100 minit call, 100 sms. Ya masa tuh rasa indah sangat. Tapi bila 1GB tuh 2-3 minggu dah licin, mula rasa cam apakahhhh? Apakahhh mau top up 1GB monthly kena RM48. Mau top up harian 500MB RM5.00 1 hari. Apakahhhh? Lepastu ada berita viral pasal kamu kat website. Katanya kamu pilih kasih tawarkan plan-plan kamu. Masa tuh ler kat FB aku banjir orang post perbandingan dengan telco lain. Tetiba terus macam tersedar dalam tidur. Rupa-rupanya ada banyak lagi pilihan yang lain. So Jumaat lepas aku amik keputusan meninggalkan kamu. Lagipun telco yang aku pilih nih boleh lah diibaratkan sebagai sirih pulang ke gagang. welcome back! Masa mula-mula dulu aku pakai henpon tahun 1999, aku pakai prepaid celcom. Masa...

Resepi: Kentang Bakar & Telur

Image
Dah lama buat kentang bakar ni. Aku kan suka kentang. Sebab tu tinggi diabetes aku hehehe. Actually kentang bakar ni diamik sumber inspirasi darpada sini:- Time tuh aku lom diet lagi opppss lom cerita lagi pasal diet aku ni. So memang tiap-tiap Sabtu mesti aku try resepi baru. Tetiba akak aku post gambar kat atas ni lam whatapps kan. So apa lagi jom ler kita try. Bahan-bahan 5 biji kentang  5 biji telur ayam (Gred D or paling kecil) Daging lembu or ayam kisar Bawang merah,  bawang putih,  halia,  sedikit serbuk kari Keju Cheddar Daun bawang dicincang halus Garam secukup rasa Cara-caranya Bersihkan kentang dan rebus kentang dengan kulitnya hingga empuk. Sambil tunggu kentang empuk, cincang bawang merah, putih dan halia dan tumis sampai naik bau. Masukkan sedikit serbuk kari dan daging lembu or ayam kisar sampai, garam dan bahan penambah rasa (terpulang tak paksa) secukupnya. Masak sampai kering airnya dan tepikan. Kent...

Petua Minggu Ini: Cracked Heels/Tumit Pecah

Image

Restoran Kari Kambing 40 Hari

Image
Ingat tak post aku pasal 40 days Lamb Restaurant tu? Ko rasa tak terliur tgk gambar kat bawah ni yg diorg whatappskan kat group family. Gambar yang aku terima pada tghari Isnin minggu lepas ketika aku tengah  berlawan ngan hypo aku! Lepas tuh takleh tahan hari Sabtu lepas kitaorang pun zasssss pergi ke Yong Peng semata-mata nak merasa nasi kat Restoran Kari Kambing 40 Hari ni.  Adapun nama Restoran ini Kambing 40 hari tidak lah tahu asal usulnya mengapa dinamakan begitu.  Pagi-pagi pukul 8 pagi aku, mak aku, akak aku, mat ayip n baby mya teruslah menuju ke lebuhraya utara selatan semata-mata nak makan Nasi ni punya pasal heheheh.  Berhenti kat Petronas Plaza Tol Skudai, isi minyak n isi perut kat Dunkin Donut.  Lapar n nak makan ubat sbnrnya 1st time beli sedap rupanya! Lepas isi perut kitaorg continue ler menuju ke destinasi Restoran Kari Kambing 40 hari ni. Lokasinya senang jer, exit di Tol Ayer Hitam, belok kiri sampai lah jumpa ...

Resepi: Sambal Tempoyak

Image
Fresh lada dari Pasar Tani Dah lama kan aku tak share resepi. Kali ni jgn memain orang Johor nak share resepi sambal tempoyak. Seperti yang kita sedia maklum, tempoyak nih makanan yang popular di Perak dan Pahang. 1st time rasa tempoyak nih masa aku belajar kat Shah Alam ler dulu. Aku nih kan jenis tolak batu dan kayu n room mate aku plak baru balik daripada kampung n bawak plak sambal tempoyak masak yg nenek dia masak. Makan ngan nasi panas kat dewan makan fuhhh memang terangkatlah. Terus aku jatuh cinta pandang pertama ngan Sambal Tempoyak ni. Bila dah jadi peminat nih harusla kita belajar cara-cara memasaknya kan, so meh ler sini aku share resepi Sambal Tempoyak yang aku belajar daripada kawan aku daripada Perak. Sambal Tempoyak Masak Bahan-Bahan Lada Merah Lada Padi Ikan Bilis Serai Kunyit hidup Daun kunyit Garam secukup rasa Gula Tempoyak (berapa tuh aku tak reti nak tulis brp sbb aku main campak-campak je) Cara-caranya Ikan bilis ditumbuk satu...

Radio

Image
Kalau naik kereta mesti nak bukak radio kan. Radio apa yang korang dengar? Aku skrg nih naik kereta jer pagi dengar lawak 3 orang ni Sepahtu Sinar Jam 6 pagi - 7 pagi setiap Isnin, Rabu & Jumaat dan Jam 7.30 - 8.30 pagi setiap Selasa & Khamis memang dgr diorg jer lah. Kalau dalam kereta pagi-pagi ni ikut musim ler. Sebelum ni aku dgr Mix FM. Aishah, Rod & Prem. Tapi start bulan puasa last year aku tukar dgr SINAR sbb nak dgr lagu raya punya pasal hahaha terus melekat. Bila masuk office pulak bukak yg nih plak Class 95 Singapore #1 English Radio Station Kat office boss aku sangat cool, siap pasang radio n speaker di setiap penjuru office. Dia bagi bukak radio but dengan syarat mesti english radio station ler untuk improve english budak-budak office. Untuk aku no problemo lah asalkan ada bunyi bising n takdelah bunyi krik, krik, dalam opis sbb sunyi kan. Masa nih from 8 pagi sampai 5.30 ptg mmg bukak Class 95. Station nih lebih kurang macam MixFM ler but so...

Petua Minggu Ini: Sore Throat/Sakit Tekak

Image

Ko rasa????

Image
Screenshot Facebook aku Isnin lepas Berapa kali janji nak pegi restoran 40 days lamb. Tak jadi. Tapi ada pesan kalau pergi kirim lah sekali barang sebungkus dua.  Ok. Isnin. Tengahari  banyak kerja tak sempat makan kudapan pagi. Badan dah mengigil. Nak cek darah, tetiba bunyi whatapps. Bukak dulu whatapps. Fuhh gambar 4 pinggan 40 days lamb rice ni.  Terus makin menggigil sebab dah lapar sgt. Continue cek gula. Low sgt 3.3. Confirm aku hipo. Cecepat makan gula-gula bagi stabil. Continue kerja sambil tunggu lunch box aku dipanaskan. Tetiba terigt gambar whatapps tadi. Taip pesanan, bungkuskan lah barang sebungkus 2. Jawpan yang diterima dah on the way balik. Joke maybe. Tah-tah balik rumah nanti ada atas meja. Petang. Dah kelaparan, balik lambat jalan pulak jem. Terpaksa lalu belakang. Nasib takde lori lemau, boleh lari laju sikit. Sampai rumah, perut dah berbunyi. Tak fikir apa terus g dapur. Tapi apa yang ada? ...

Kos Pesakit Diabetes

Image
Still cerita pasal Diabetes lagi. Blood glucose System baru! Actually bila dah sakit-sakit camni so banyak ler kos yang kena keluar. Nak tak nak kena lah kan beli benda nih semua kan cos kalau wat bodo lagi lah kos 'tinggi' yang aku dapat kang.  Actually Blood Glucose Meter (BGM) tuh aku dah pernah ada. Aku beli masa tahun 2014. Yang lama punya Lepas tuh aku tinggalkan dalam kereta aku n aku rarely cek blood glucose aku start last year sbb malas n kos. Masa tuh memang mcm tak amik peduli pasal sugar level aku n aku pun assume takde lah tinggi mana n start last year gak aku rasa macam addicted n craving ngan benda-benda manis je padahal aku nih bukan mcm tuh.  Last year bulan 8 aku kan accident so barang-barang dalam dashboard aku letak dalam 1 beg plastik nih. Tapi tah camner ada orang terbuang beg plastik tuh. So nangissss ler sbb banyak benda berharga kat dalam tuh termasuk lah BGM kat atas nih pun terbuang sama. Lama gila tangguh beli benda alah ...

How was your weekend?

Image
Mine? *geleng kepala sambil mata pandang atas* Penat ooo minggu ni. Rasa cam sesak nafas betul.  Ingat jadi orang bujang senang ke? Orang menggambarkan kehidupan aku sangat easy, takde tanggungjawab katanya. Tapi big no, no, no ye. Tapi sebelum tuh aku admit mcm Saturday aku a bit free lah pagi-pagi itu pun kalau akak aku takde Ko-Ko kat sekolah dia n terima kasih Allah, sekolah dia tak wat Ko-Ko hari Sabtu starting this year. But still dlm 10 am aku dah merayap keluar cari lauk wat masak tghari. But kalau Sunday, memang sangat memenatkan. Rasa cam sesak nafas ok. Macam semalam, phewwwww. Pepagi akak aku dah call suruh hantar baju, dia salah pakai baju. Sekolah-sekolah kan ada hari yang kena pakai baju Ko-Ko tapi dia boleh pakai baju lain plak. Dah satu kerja kena iron baju dia n hantar ke sekolah dia. Lepas tuh mak aku pesan nak makan bubur kat restoran kat taman lain. Itu no problem ler sebab untuk mak aku lautan api sanggup ku renangi dan kebetulan aku nak...

Petua Minggu Ini: Dry Itchy Eye/Mata Kering dan Gatal

Image

Klinik Pakar Oftalmologi

Image
Sambungan daripada Diabetes Type 2 Gambar mata kat Klinik Pakar Oftalmologi or Klinik Pakar HSA JB Menakutkan ok! Bila dah camni dapat ler macam-macam referral letter kat memana pakar yang berkaitan. Itu pun nasib baik aku tak ckp pasal aku dah lama tak period. Tak pasal-pasal kena refer balik Pakar Gynea. Actually before aku kena refer kat Pakar Endo, aku kena refer dulu kat Pakar Perubatan. Masa kat situ aku cerita ler yg aku dah dekat 2 taun tah piyed. So kena lah refer kat Pakar Gynea. Tak pernah ngandung kan so tak pernah lah kena ultrasound hihihi. So 1st time buat ultrasound kat Pakar Gynea ni nak tgk kot-kot ada apa tak betul kan but alhamdulilah takde fibroid ke apa just sebab masalah hormon sebab terlebih obess. So diorg bagi ler ubat hormon. Hah cukup 14 hari amik ubat tuh terus tempat tumpahnya darahku! Sampai balik rumah tukar baju sebab habiss blood bath hahaha. Bila dah discharge Pakar Perubatan diorg refer Pakar Endo plak. Masa tuh memang aku stop sendi...

Diabetes Type 2

Image
Akhirnya dah tau kegunaan diari yang dapat tiap-tiap tahun Kalau tak jadi tempat conteng Mat Ayip jer Benda yang paling menakutkan aku adalah bila doktor dah declare aku ni adalah penghidap Diabetes Type 2. Yup, penyakit yang paling aku nak elak sekali tapi akhirnya penyakit itu datang juga pada aku. Diabetes banyak komplikasi kalau tak jaga bebetul. Bila doktor ckp mcm tuh terus rasa badan sakit-sakit. Awal bulan Mac haritu macam biasa ada appointment kat klinik pakar endo. kat Hospital Sultanah Aminah. Result darah semer tak cantik. Gula dalam darah 10.6% which is mmg tak bagus. Kolestrol jahat pun tinggi. Hati aku pun tak brp bagus. Bengkak dan berlemak. So apa lagi duduk lah dalam bilik doktor daripada pukul 8.30 pagi sampai 10 pagi dgr bebelan dan risikan apa yang aku makan, minum n buat dalam masa tiga bulan lepas last aku jumpa diorg bulan Disember last year. Oleh kerana since last 2 appointment blood test aku tak cantik, makin naik kadar percent gulanya, so akhirnya...

Cerita Basi: Hari Anugerah Cemerlang 2015

Image
Cerita basi adalah kesinambungan daripada Cerita Last Year . Hihihi tukar nama jer tapi maksud still sama. Ada budak baru lepas kena marah sbb tak pakai stokin! Cerita basi datang lagi! November lepas si Mat Ayip nih dapat ler undangan untuk Majlis Ihtifal sekolahnya. Alhamdulilah. Si Mat Ayip dapat anugerah Penghafaz Terbaik Darjah 1. Dia berjaya menghafaz surah-surah hafazan untuk tahun 1 tepat pada masanya Dari segi akademik pulak, sekolah Mat Ayip nih darjah 1 tak exam.  Darjah 3 nanti baru ada exam. Tapi berdasarkan band2 yang dia dapat kira terbaik jugaklah pencapaiannya. Haha tak paham aku sistem skrg nih. Suka. Siap usung kehulu kehilir piala ni 2-3 hari Awar & Wan Yang kat atas nih pulak anak saudara aku Awar n adik dia, Wan. Awar nih kira tahun pertama sekolah kat Malaysia.  Sebelum nih masa dia umur 7 tahun dia sekolah kat Shanghai sobab omaknya bekerja di sana. Yang adik dia nih baya si Mat Ayip. Balik Malaysia terus masuk darjah ...

Petua Minggu Ini: Oily Scalp

Image

Hantaran

Image
Haritu kecoh pasal pengantin RM15K tuh. Bab tak bayar, tumbuk menumbuk tuh aku takmo ler lelebih komen. Tapi aku tertarik ngan nilai hantaran sekarang, RM15,000-00 ek? Aku maleh ler nak cakap hantaran ikut kelulusan. Tapi kalau takat SPM ke halnya hantaran sampai 15K? Aku tak cakap pengantin baru2 nih tapi kalau umur baru 21 paling2 ada diploma kot? Tapi tak kisah lah kan ko ada PMR ke, SPM ke, STPM ke, Diploma ke, Degree ke, Master ke, PHD ke or tak sekolah sekalipun tuh hak diorg ler nak letak berapa ribu or belas ribu or puluh ribu sekalipun. Cuma tapi kan pada aku agak-agak ler kalau nak letak berbelas ribu. Kena tengok gak ler si pengantin lelaki tuh kerja apa. Kalau kerja guard ke, kerja kilang ke buruh ke takkan ler nak belas-belas ribu. Kalau lelaki tuh baik, sayang anak boleh bimbing anak kita apa salahnya bertimbang rasa kan. Lagipun bila anak perempuan dah jadi isteri orang, lepas beban tanggung apa-apa dosa dia. Sekarang suami dia plak yang tanggung. Agak-...