Klinik Pakar Oftalmologi

Sambungan daripada Diabetes Type 2

Gambar mata kat Klinik Pakar Oftalmologi or Klinik Pakar HSA JB
Menakutkan ok!
Bila dah camni dapat ler macam-macam referral letter kat memana pakar yang berkaitan. Itu pun nasib baik aku tak ckp pasal aku dah lama tak period. Tak pasal-pasal kena refer balik Pakar Gynea. Actually before aku kena refer kat Pakar Endo, aku kena refer dulu kat Pakar Perubatan. Masa kat situ aku cerita ler yg aku dah dekat 2 taun tah piyed. So kena lah refer kat Pakar Gynea. Tak pernah ngandung kan so tak pernah lah kena ultrasound hihihi. So 1st time buat ultrasound kat Pakar Gynea ni nak tgk kot-kot ada apa tak betul kan but alhamdulilah takde fibroid ke apa just sebab masalah hormon sebab terlebih obess. So diorg bagi ler ubat hormon. Hah cukup 14 hari amik ubat tuh terus tempat tumpahnya darahku! Sampai balik rumah tukar baju sebab habiss blood bath hahaha.

Bila dah discharge Pakar Perubatan diorg refer Pakar Endo plak. Masa tuh memang aku stop sendiri appointment kat Pakar Gynea tuh. Asyik cuti jer payah kan. Masa kat Pakar Endo nih, last year aku kena refer kat Pakar Respiratori pasal aku ada masalah tidur n berdengkur. Yang ni aku dah pegi last year gak. Nanti wat entry khas g klinik ni plak huhuhu.

Balik semula pasal tujaan utama post aku ni iaitu cerita pasal klinik mata. So Pakar Endo pun refer lah aku kat Pakar Mata sebab diabetes nih pun effect nya kat mata gak. Malas nak 2-3 kali ulang alik aku pun lepas settle kat Pakar Endo terus menuju ke Pakar Mata dengan harapan nak amik appointment date je. Lagipun haritu hari isnin n jam pun dah pukul 11.00 pagi. Patutnya aku amik mak aku kat pusat dialysis pukul 11.30 pagi.

Rupa-rupanya bukan amik appointment date tapi memang terus diorg cek mata ok. Terpaksalah call abang aku g amik mak aku kat tempat dialysis tuh. Aku ni pulak memang tak tau camner cek mata kat klinik pakar mata nih hihihi orang pun tak pernah cerita kat aku 'kesan' lepas cek mata huhuhu.

Lepas jer register tunggu kejap lepas tuh nurse panggil buat cek mata untuk rabun jauh. Lepast tuh diorang suruh tunggu kat depan bilik untuk jumpa doktor. Bila sampai giliran aku duduklah aku kat depan lebih kurang macam mesin kat bawah nih.

Pic kredit: Google
Dia ada titis ubat lepas tuh ada cahaya yang disuluh daripada alat nih. Lepas tuh titis ubat lagi n suruh tunggu kat luar n jangan bukak mata 20 minit. Dah lah takde tempat duduk dah aku pejam mata sambil berdiri. Tapi kejap2 aku bukak mata. Masa ni bila aku bukak mata aku nak ler baca whatapps kat henpon aku. Masa tuh dah risau gila sebab aku memang tak boleh baca semua yg aku nampak kabur jer. Lebih kurang macam rabun dekat ler. Lepas nak dekat 45 minit tuh baru ler nama aku dipanggil sekali lagi. Cek lagi pakai mesin ni n dia titis ubat lagi. 

Alhamdulilah doktor cakap mata aku masih ok, So next appointment next year. Itu pun cek kat klinik kesihatan kat rumah aku jer takyah g klinik pakar nih. Oleh sebab merisau aku pun tanya ler nurse yang bagi surat referral letter kenapa aku cam rabun jauh n nampak kabur jer. Nurse tu inform yang memang kesan ubat titis tadi mata akan kabur n akan ok dalam masa 4 jam. Terus aku cam tercengang n nurse tuh perasan n terus tanya aku sama ada aku drive sendiri. Aku pun ckp ya n nurse tuh terus terdiam n ckp suruh aku drive slow-slow.

Tapi before tuh abg aku yang amik mak aku ada lah call aku n dia cakap kalau g cek mata memang tak leh drive kereta. Sebab mata akan jadi sangat pedih bila tengok cahaya n ckp kalau takleh drive call dia nanti dia amik. Aku cakap aku rasa boleh drive. Sekali nurse boleh ckp mcm tuh plak kan. Terus berdebar. Masa tuh kat klinik mata tuh kan cam suram jer kan so tak nampak terang matahari lagi. Bila aku keluar jer dari bangunan spital tuh aaa sudah nampak putih jer ko! pedih plak tuh. Takleh bukak mata langsung. Terus call abang aku suruh amik aku sebab takleh drive. Nasib baik abang aku lagi sorg tgh off day so 2 orang abang aku dtg lah amik aku n bawak kereta aku balik umah. 

So pengajarannya len kali kalau ada appointment kat klinik mata, bawak ler orang jadi peneman. Patut ler aku tgk yang g klinik mata tuh beramai-ramai. Rupanya ada kesan lepas cek mata tuh. So pada sesiapa yang tak tau cam aku ni ingat! jangan g cek mata sorang-sorang ye sekiranya korang drive sendiri.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih