Ko rasa????

Screenshot Facebook aku Isnin lepas

Berapa kali janji nak pegi restoran 40 days lamb.
Tak jadi. Tapi ada pesan kalau pergi kirim lah sekali barang sebungkus dua. 

Ok.

Isnin. Tengahari 

banyak kerja tak sempat makan kudapan pagi. Badan dah mengigil.
Nak cek darah, tetiba bunyi whatapps. Bukak dulu whatapps.

Fuhh gambar 4 pinggan 40 days lamb rice ni. 
Terus makin menggigil sebab dah lapar sgt.
Continue cek gula. Low sgt 3.3. Confirm aku hipo. Cecepat makan gula-gula bagi stabil.

Continue kerja sambil tunggu lunch box aku dipanaskan.
Tetiba terigt gambar whatapps tadi.
Taip pesanan, bungkuskan lah barang sebungkus 2.
Jawpan yang diterima dah on the way balik.

Joke maybe. Tah-tah balik rumah nanti ada atas meja.

Petang.

Dah kelaparan, balik lambat jalan pulak jem.
Terpaksa lalu belakang. Nasib takde lori lemau, boleh lari laju sikit.

Sampai rumah, perut dah berbunyi. Tak fikir apa terus g dapur.
Tapi apa yang ada? cuma mee goreng pagi tadi di dalam tudung saji. 

Arghh kecewanya, rasa nak menitis air mata.

Bukak laci cari Maggi, terus masak.
Sedap lagi Maggi nih dari nasi 40 days lamb tuh.

Pujuk hati sendiri.

Takpe, insya Allah esok masih ada.
Nasi 40 days lamb, tunggu aku esok ok!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih