Restoran Kari Kambing 40 Hari

Ingat tak post aku pasal 40 days Lamb Restaurant tu? Ko rasa tak terliur tgk gambar kat bawah ni yg diorg whatappskan kat group family.
Gambar yang aku terima pada tghari Isnin minggu lepas ketika aku tengah
 berlawan ngan hypo aku!
Lepas tuh takleh tahan hari Sabtu lepas kitaorang pun zasssss pergi ke Yong Peng semata-mata nak merasa nasi kat Restoran Kari Kambing 40 Hari ni. 

Adapun nama Restoran ini Kambing 40 hari tidak lah tahu asal usulnya mengapa dinamakan begitu. 

Pagi-pagi pukul 8 pagi aku, mak aku, akak aku, mat ayip n baby mya teruslah menuju ke lebuhraya utara selatan semata-mata nak makan Nasi ni punya pasal heheheh. 

Berhenti kat Petronas Plaza Tol Skudai, isi minyak n isi perut kat Dunkin Donut. 
Lapar n nak makan ubat sbnrnya
1st time beli sedap rupanya!
Lepas isi perut kitaorg continue ler menuju ke destinasi Restoran Kari Kambing 40 hari ni.
Lokasinya senang jer, exit di Tol Ayer Hitam, belok kiri sampai lah jumpa traffic light pekan ayer hitam, belok ke kanan ke Jalan Ayer Hitam - Yong Peng, lebih kurang 7KM jumpa lah restoran ini.

Orang dah ramai n tgh cari tempat duduk
Sampai kat Restoran ni kul 10 pagi. Hari Sabtu kan? So orang dah ramai. Nasib baik jumpa satu meja kosong. Alhamdulilah.

2 Nasi Arab Kambing, 1 Nasi Arab Ayam ,
Roti Canai & Tambah 1 lauk kambing
Konsep makan disini adalah layan diri. Korang kena beratur untuk order n time tuh gak korg dapat nasi. Nasi Arab Kambing/Ayam 1 pinggan berharga RM12. Kalau dulang pulak RM45 untuk satu dulang. Ada lauk Kambing dan Ayam untuk 1 dulang. Kira berbaloi-baloi lah makan dulang.

Yang ini aku punya!
The verdict? boleh lah sedap. Pada aku sedaplah. 
Bila makan mengingatkan nasi yang aku makan kat R&R masa dalam perjalanan daripada Madinah ke Makkah. Sampai skrg terbayang-bayag nasi arab tuh.

Banyak orang beza-beza citarasa kan, pada aku bab nasi memang aku suka sangat. Lauk kambing pulak agak manis. Kalau aku takde diabetes memang aku suka hahaha. Tomato salsa tuh kurang masam n takde sambal pedas yang biasa makan ngan nasi arab tuh.

Repeat? Yeahh apa salahnya. Boleh jalan-jalan tgk pekan Ayer Hitam n beli putu bambu Juriah yang lemak berkrim disukai ramai tu.

Apa-apa pun terbayang-bayang putu bambut sodap tuh.
Glup!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih