Kari Kambing 40 hari

Meriah meja

Sebenarnya tak plan langsung pun nak pegi sini Sabtu lepas. Plan nya nak pegi UTC Galleria JB nak pegi PTPTN. Dah 3 kali dapat warning dalam email suruh settle kan tunggakan sebelum lulus ujrah tuh. Nak guna KWSP tak layak sebab pinjaman asal PTPTN aku tahun 1999. Tapi tetiba rasa cam malas pulak n sayang nak keluar duit hihihi. Tunggu sampai hujung-hujung offer nanti baru kasi bayar langsam terus.

So oleh kerana tak jadi nak gi UTC, mak aku ajak gi breakfast kat restoran depan taman rumah aku ni. Nak makan roti canai katanya. Sampai restoran tuh sekali tengok lengang. Rupanya pakcik roti canai takde daaa. So terus spontan aku cakap lama tak makan Kari Kambing 40 hari. Situ ada roti canai hihihi. So kitaorng berlima pergilah kesana.

Budak yg nak makan sendiri. Abg pulak makan bersuap.

Sampai sana je sekali tengok ramainya manusia. Memang takde meja kosong. Nasib baik ada makcik ni nampak aku dok perati keliling cari meja kosong terus dtg kat aku ckp dia dah nak balik. Alhamdulilah rezeki. Thank you makcik. Terus lah beratur berjela nak beli makanan. Nasib baik ada lagi roti canai. Itupun ngam-ngam ada 3 keping yang last untuk kitaorg. Lepas makan kitaorg tapau sekali 9 bungkus untuk family akak n abang aku yang lain.

Ini macam second trip aku ler. Actually last year bulan yang sama aku first time ke sana. Kali ni pegi pulak tak plan, so memang tak bawak botol susu baby Mya n diapers dia. Hahah nasib baik tak meragam budak tuh. Janji kenyang makan nasi dia ok jer. Satu yang aku perati ngan Baby Mya ni memang senang nak jaga dia. Kalau bawak g makan takdenya dia nak mengacau or meragam macam abang dia dulu. Bagi dia sepinggan nasi, nanti dia mengadap sampai habis. Pastu dia dok elok-elok jer kat kerusi tuh walaupun makanan tak sampai lagi. Takdelah nak turun bawah nak lari2 ke. Tapi mulut dia bising lah dok pok pek pok pek ajak orang berborak. Memang makcik-makcik sgt perangai baby Mya nih hahaha.

Kalau balik jgn lupa singgah beli putu bambu Juriah Air Hitam. Lepas tuh jgn lupa beli goreng pisang kat hujung gerai-gerai situ. Ada jual udang galah, udang lipan dan ketam goreng tepung sedap! Terima kasih mak. Kalau tak kerana mak suruh gi beli goreng pisang memang tak tau ada jual udang galah goreng tuh huhuhu.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih