Wishlist: Edisi Jalan-Jalan

Pic kredit: FB Hotel Rosa, Melaka

Haritu kan aku ada post pasal wishlist aku untuk duit tabung suka-suka kan. Aku terasa macam nak tambah satu wishlist lagi. Nak pegi duduk kat hotel yang viral baru-baru ni, Hotel Rosa kat Melaka!

Dah lama tak pegi Melaka. Setakat lalu highway jer buat apa kan. Seingat aku lah last cuti g Melaka masa aku darjah 4 ikut rombongan sekolah. Tahun 1989. Lepas tuh memang takde. 

Haritu masa balik jalan-jalan cari makan kat Kambing 40 hari, akak aku plan hujung tahun ni g jalan-jalan kat Melaka. Aku ok jer tapi nak duduk kat Hotel Rosa ni. Suka gila tengok interior design hotel ni.

Check in kaunter

Family suite. Aku dah cek RM600 kot satu malam kat Booking.com

Cantik kan?

tempat lepak

Nak g jauh-jauh memang tak mampu especially bab fizikal ler. So meh ler kita gi dekat-dekat jer. Boleh naik kereta jer kan. Yang jauh-jauh tu nanti2 jer lah walaupun rindu nak g jalan-jalan yang merentas laut.

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih