Esok dah kerja ke??

Selamat Hari Raya Aidilfitri!
Adehhh esok dah kerja ke? boringnya esok nak g keje. org lain masih bercuti aku dah g keje. nak wat camner bukan sonang nak dapat cuti. so aku terpaksa lah berkorban bagi laluan kat org lain bercuti. aku nih mmg jarang betul nak amik cuti raya. mmg aku cuti ngam2 ikut calendar. kalau ada cuti extra pun sbb bos aku kasi free sbb kekadang tuh aku sorg je yg keje. so bagi mengelakkan aku mengulor kat opis n membazirkan letrik baik dia tutup opis. mcm tahun lepas. mmg best gila sbb dapat cuti seminggu. tahun nih? raya ke 4 dah naik kerja huk huk huk. So camner raya korg? skrg nih mesti ada yg belum balik dari kampung kan? mesti best kan? aku tiap2 tahun balik bandar jer. 

diam tak diam dah 14 tahun. Al-Fatihah utk arwah bak...
2 hari sebelum raya aku g menziarahi kubur arwah ayah aku. bersih2 kan kubur. baca yaasin. rindu betul ngan arwah. rasa mcm baru jer dia tinggalkan kitaorg tapi rupa2nya dah 14 tahun. lepas g kubur aku masuk opis mcm biasa. tapi mmg takde mood lah nak buat keje. nasib baik bos bagi balik awal. tahun nih mcm letih sikit lah. nyaris2 aku nak buka puasa (hahah mmg tak malu mcm bebudak je aku kan) sbb aku dah tak tahan. letih sgt2. tahun nih mmg aku penat sgt2. rasa letih memanjang. Oleh kerana aku dah kena keje esok so biar gambar jelah yg menceritakan suasana hari raya kat umah aku. aku mau tidur ye. byeee

juadah wajib dipagi raya
serba hijau!
anak-anak saudara dan cucu-cucu saudaraku

2nd day raya - bertandang ke rumah saudara mara

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih