Resepi: Biskut Raya

Aku post resepi biskut nih sbb aku takut hilang resepi nih. lama dah resepi nih aku amik kat website nestle. tak tau ada lagi tak skrg. aku pun da lama tak buat biskut raya. skrg nih main tunjuk2 je. sejak dah jumpa port best nak beli biskut raya yg sedap n murah. bukan tak nak buat tapi aku tak suka perasaan menyesal masa tgh buat biskut tuh dtg.

kali terakhir buat biskut raya tahun 2009
Skrg nih tak tau lah. Sifat pemalas tuh betul2 merisaukan aku. tak tau nak ckp pemalas or aku letih sbnrnya. balik keje je aku da rasa penat yg teramat sgt. kerjanya nak tidur jer. rasa mcm nak amik unpaid leave jer bulan puasa nih. boleh ke bos aku bagi cuti sampai raya nanti. seb baik bos aku takde minggu terakhir puasa nanti. boleh lah relax sikit heheh. apa lagi bos kasi cuti lama2 sikit lah raya nih.

Oklah aku pun dah ngantuk tilam n bantal aku dah pun memanggil2 aku tuh. sebelum aku terlelap depan laptotp aku nih baik aku mengucapkan goodbye ye. jumpa laie di lain waktu.

Oh ya. kat bawah nih ada resepi biskut raya yang berasaskan cornflakes yg aku amik kat website nestle 4 tahun yg lalu. sila lah cuba sbb resepi nih mmg sedap nak2 resepi yg nombor 2 tuh.

Biskut Hirisan Badam
Bahan-bahan
A
150gm tepung naik sendiri diayak
100gm Nestle Cornflakes, dikisar halus
50 gm serbuk badam
100gm minyak sapi
50gm mentega atau marjerin
100gm gula kaster
1 biji telur
1/2 camca teh esen vanilla
telur putih
Hirisan badam
Cara membuatnya
1. Dalam mangkuk campur bahan A dan ketepikan
2. Pukul minyak sapi mentega, gula, telur dan esen vanilla hingga sebati. kaup balikkan campuran tepung, gaul hingga menjadi doh yang lembut.
3. Canai doh setebal 3mm. terap dengan acuan biskut yang disukai.
4. Letak biskut di atas tin pembakar yang dilenser. sapu biskut dengan putih telur dan susun kepingan hirisan badam ke atasnya.
5. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah selama 12-15 minit atau hingga kekuningan.
6. Keluarkan dari ketuhar dan ketepikan selama 20 minit sebelum disimpan.
*menghasilkan anggaran 6 dozen.

Biskut Cornflakes
Bahan-bahan
A
250 gm mentega atau majerin
150 gm gula kaster
2 camca teh esen vanilla
300gm tepung gandum, diayak
4 cawan Nestle Cornflakes, dikisar kasar
Gula aising, jika suka
Cara membuatnya
1. Krim mentega dan gula hingga sebati. masukkan esen dan pukul rata
2. Kaup balikkan tepung dan Nestle Cornflakes. gaul hingga menjadi doh.
3.Ambil satu camca teh penuh doh dan letak di atas tin pembakar yang telah dilenser. jarakkan untuk biskut menggembang.
4. Bakar dalam ketuhar yang bersuhu 180 darjah selama 15 - 20 minit atau hingga kekuningan. keluarkan dari ketuhar. sejukkan
5. Jika suka, tabur gula aising ke atas biskut.
*menghasilkan anggaran 4 dozen

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih