Legoland Malaysia.... can't wait!

model aku nih tgk mcm nak makan org je. tau lah panas heheh
Camner raya? mesti bestkan sbb cuti panjang. tak mcm aku harini dah keje. apa2 pun ok jugak keje hari ni best apa. jalan tak jem. takde lah stress sgt. yg naik hari isnin tuh mesti stress kan. sbb naik2 keje je dah kena jumpa jem heheh (ayat nak sedapkan hati sendiri). Last week adalah terbaca kat laman FB Legoland Malaysia yg pemegang pas bermusim (annual pass) boleh redeem pas tuh bermula 20/8/2012. oleh kerana aku n family aku ada beli annual pass pre opening RM195 utk dewasa, kitaorg pun beramai2 pegi Legoland Malaysia nak redeem pas tuh. ikut dalam FB tuh Legoland dibuka utk pemegang2 annual pas tuh. tapi cuma boleh masuk kat The Beginning je lah.

nasib baik org tak berapa ramai
Aku sampai Legoland dalam pukul 1 lebih gitu. nasib baik tak berapa ramai org. bila beratur jer nanti ada pekerja Legoland nih bagi borang2 utk diisi info kita. time nih complaint aku satu jer. sorg pekerja legoland nih, lelaki nama lupa plak nak amik. bukan nak hulur borang kat kitaorg yg beratur nih. org belakang dia boleh bagi dulu. nampak mcm dia utamakan kaum yg lagi satu nih. yg kitorg nih sampai nak kena mintak pun tak bagi. nasib baik ada sorg pekerja perempuan dtg bagi borang. please lah pada sapa2 yg keje dgn customer nih perbaiki lah PR anda. don't judge people by their look. kadang2 yg pakai selekeh tuh lah yg byk duit (tapi takde plak kitaorg selekeh haritu baru balik beraya tuh). kadang2 org mcm nih yg bagi bad name kat satu2 company tuh. aku paling tak suka mcm tuh. tapi kadang2 ada kebaikan gak terutama yg jual kredit kad or apa2 barang kat shopping complex. sbb mmg haram diorg tak layan org yg simple2 gitu. hehehe.

nih lah annual pass aku. yahooo.
Just ignore bebelan aku kat atas tadi. sambung balik cerita pasal Legoland nih. tak sampai stgh jam berbaris akhirnya aku dapat ler redeem annual pass nih. masa aku beli annual pass nih, legoland buat promosi pre opening pass. pass nih special sikit. dah lah harga dia mmg special pastu valid sampai 31/12/2013 tuhhh. kira setahun lebih lah. tapi kalau yg promosi baru nih valid setahun je lah ye. jgn jeles ahhh hehehe. lepas jer buat pass Legoland Malaysia ada buat cam lebih kurang preview gitu. kira boleh masuk dalam lah. tapi cuma kat bahagian yg dinamakan 'The Beginning'. masa aku pegi raya ke 3 tuh org yg takde annual pass pun dibenarkan masuk kat 'The Beginning' nih.'The Beginning' nih dibuka sampai 26/8 je sebelum ditutup semula sampai lah pembukaan rasminya pada 15/9/2012.

sekitar 'The Beginning'
Setakat nih hanya The Cafe n Big Shop sahaja yg dibuka kat The Beginning nih. Aku da masuk dua2 kedai tuh. Makanan boleh tahan sedap tapi hmmm harga agak mahal.  tak tahulah mesti xboleh bwk makanan luar mcm kat USS. aku beli set chicken sandwich n pasta (ada air sekali) semua sekali RM30++. Kat Big Shop plak jual barangan Lego. sapa2 ada anak2 yg mmg rambang mata. sila bawak kain tutup mata anak2 tuh lalu depan kedai Big Shop. mmg mahal lah. key chain jer paling murah RM14.99. fridge magnet plak rage harga dalam RM19.90 - RM40.00 lebih. n barang paling murah adalah berharga RM4.99. mainan Lego tuh paling murah pun RM20.00++. Belikan gak lah si ayip tuh yg paling murah. beli mahal2 pun tak guna budak tuh kalau dah bosan abis dia baling Lego tuh dah lah kecik2 part2 lego tuh.

suka betul ngan pakcik botak kuat tidur nih. dah lah siap berdengkur
Secara keseluruhan aku mmg tak sabar tunggu Legoland nih bukak. Nasib baik lah mmg rumah aku dekat. so mmg berbaloilah kan aku beli annual pass tuh. tapi yg aku risau tuh perjalanan dari parking kereta nak ke pintu gerbang Legoland nih boleh dikatakan agak jauh n takde bumbung. risau jugak kalau pegi tetiba hujan kan. lagi satu mmg penat lah jalan kaki nak ke pintu gerbang tuh. cuma aku nak tau apa benda yg dia tengah buat kat sebelah Mall depan pintu gerbang Legoland tuh. Kalau dia tgh buat parking mmg Alhamdulilah dekat lah ngan Legoland. kalau tak mmg aku pegi Legoland part by part lah tiap2 minggu. tak larat ooo sbb rasa mcm luas jer dalam Legoland tuhh. nasib baik aku ada annual pass hehehehe. so tak payah lah spend sehari suntuk kat situ kan, kan, kan?

ayip yg byk mood. mcm2 ragam haishhh
Apa-apa pun nantikan review pertama aku pasal Legoland Malaysia bila pintunya dibuka pada 15/9/2012.  skrg nih tak silap aku ada offer day pass. kira lagi murah yg discount RM30 tuh. tak silap aku RM90++ ut dewasa n RM80++ utk kanak2. apa lagi meh leh beli. first international theme park kat Malaysia nih. tak sabarnyaa!!!!

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih