Bila rajin aku datang....

Ketam masak Lemak Nenas *slurpppp*
Lama gila aku nak post benda nih. tapi tak menyempat2. padahal da separuh jalan aku tulis pastu terhenti.  sekarang nih hari2 aku balik pukul 7 malam. office hour abis pukul 5.30 tapi kekadang tuh kul 6.15 baru keluar dari opis. kalau nasib baik dapatlah kuar pukul 6. letih betul skrg nih. bila malam jer aku dah kepenatan. tertidur! ok enough membebel. sambung cerita yang tertanggu nih. lepas jer aku balik dari recording game show kat klang 2 minggu lepas, dalam2 kepenatan tuh boleh plak aku bangun pagi2 cari breakfast. Selalunya lepas subuh aku belayar balik n dalam pukul 9 lebih baru cari breakfast. tapi tah camner aku boleh plak pukul 7 lebih aku dah bangun g kedai. hajat kat ati nak test roti canai tepi jalan yg baru bukak tuh tapi tgk org berderet2 beratur nak beli harusslah simpan dulu hajat tuh. try minggu nih plak ye.  oleh kerana aku maleh nak kuar2 lagi so aku teruslah pegi beli kedai beli barang2 utk masak harituh. best plak pegi kedai pagi2 nih. takde org. tak payah aku beratur2 nak membayarnya. bila tgk kat tong2 putih kedai tuh sekali nampak:-

Ketam!
Sejak kedai nih bukak kat umah aku, aku dah tak g Kipmart (tempat shopping barang basah yg popular kat JB) dah sbb kedai nih macam2 ada. ayam yg dijual pun murah n fresh. lagi ayam tuh datang dari pusat bersepadu 3P kat Plentong tuh. so mmg dijamin halal n bersih! so kat kedai tuh mula lah aku mengarang2 nak masak apa. akak aku plak dia ada ko-ko kat sekolah so mmg tugas aku ler memasak utk haritu. bila dah rajin jadilah ketam masak lemak nenas n menu2 lain kat bawah nih:-


tauhu jepun
kerang rebus
sambal belacan
ayam yang diperap
siap digoreng!
Hujung minggu nih harus pikir menu yg sodap2 yer. igt nak wat makan2 secara kecil-kecilan sempena birthday mak aku. cheese kek secret recipe pun best gak kan? hehehe

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih