Resepi: Sambal Goreng Pengantin

juadah wajib ada tiap2 hari raya
Nama je pengantin. tapi lebih pada hidangan hari raya nih. sebelum tuh actually aku tak berapa sihat. cuaca yg kejap hujan kejap panas ditambah plak kat umah aku nih 2 org yg kena selsema apa lagi terjangkitlah kat aku sekali yg lemah antibodi nih. tapi kali nih takdelah teruk sgt sbb aku da amik langkah2 awal masa mula2 dpt tanda nak kena selsema nih. cuma harap tak sampai batuk lah. sbb aku tak larat betul nak menghadap batuk nih. dgn ilang suara lagi. adehhhh payah nak g public tau. so camner esok ada yg dah cuti ke? budak2 sekolah esok cuti. wahh bestlah. yg aku nih tak esok balik pukul berapa lah agaknya kan. dah lah ada kerja urgent. kompem balik lmbt esok. malam raya balik lambat??? oh tidakkkkkkk. sempena hari raya aidiladha nih aku nak share satu resepi yg mmg tiap2 tahun tak pernah miss. tak kira lah raya puasa ke or raya haji ke. tapi kan malangnya raya haji tahun nih aku mmg tak buat sambal goreng nih sbb akak aku tak larat buat sorg2. yelah aku kan keje. so kena minta belas kasihan akak2 aku yg lain utk sambal goreng nih. apa2 pun selamat mencuba!

Bahan-bahan
1/2kg Hati lembu – goreng 
1/2kg Paru lembu – goreng 
1/2kg Daging lembu – goreng 
1/2 Udang – goreng 
1/2kg Bawang goreng
250gm Bawang putih goreng
Lada kering potong halus2 (ikut suka pedas)
Lada basah dipotong2 (pun ikut suka kepedasan)
Air belacan
Air asam jawa
Santan
Air rebusan daging
Air gorengan udang
Lengkuas 
Serai

Cara-cara
Air rebusan, air belacan & air asam jawa, lengkuas, serai di didihkan
Agak2 dah nak kering masukan hati, paru, daging, udang, bawang goreng, bawang putih, lada lering, lada basah, santan, gara & perasa yg dibenarkan (aku guna ajinamoto hihihi).
Masak sampai kering

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih