Esok kerja *sighhhhhh*

Hidangan di pagi raya
Kejap jer kan masa berlalu. maleh betul nak pegi keje besok. takpe lagi dua minggu ada cuti lagi hehe. next month kan ada 3 public holiday. hopefully boss aku baik hati kasi sambung cuti itu dgn cuti Awal Muharam. hehehe. Camner hari raya aidiladha? bagi aku biasa2 sahaja. tahun nih tak buat korban n takde ahli keluarga aku yg buat korban. abg aku pun takde dia balik kg isteri dia kat penang. Rumah aku pun sonyap sunyi masa pagi sbb semua org dtg umah aku lepas solat jumaat. Hari khamis kan aku keje lagi so mmg tak tolong akak aku masak2 utk raya haji kali nih. bila balik jer dari kerja senja-senja khamis haritu aku nampak benda nih kat dapur:-

yeay! sambal goreng favorite 
Yess akak aku masak sambal goreng favorite aku nih! mmg mula2 plan tak mau buat sambal goreng nih, memandangkan aku kan tak cuti kena kerja. tah camner tah akak aku boleh tukar fikiran dia buat plak sambal goreng nih. heheh sorg2 tuh. dia ckp sorg2 lagi bagus sbb takdelah gaduh2 masa nak buat sambal goreng nih. hidangan raya haji umah aku mmg sama ngan hidangan hari raya aidifitri. walaupun this year buat semua sikit2 tapi tetap tak habis makanan2 nih. ada lagi ketupat atas meja dapur umah aku. sighhhhhhhhhhhh

Comments

Popular posts from this blog

Tersirat

Resepi: Mi Telur Goreng

Resepi: Bihun Goreng Putih